Apabila Hamba Sahaya Mahu Menjadi Tuan

Share This:

Di dalam Pakatan Harapan, boleh dikatakan, tidak ada sesiapa mahupun parti berani meningkah kemahuan DAP dalam apa bentuk cara sekalipun. DAP dilihat cukup dominan menguasai pembangkang sehinggakan mereka berhak menentukan siapa yang akan dilantik menjawat jawatan tertentu seperti mana yang berlaku di Selangor pada 2014 dan di dalam permuafakatan kepimpinan Pakatan Harapan.

Hal ini telah berlaku sejak lebih 20 tahun yang lalu di mana semua pemimpin yang mahu menyertai Pakatan Harapan samada Barisan Alternatif, Barisan Rakyat, Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan, harus patuh kepada kemahuan dan apa yang telah ditetapkan oleh DAP tanpa boleh mengemukakan apa jua bantahan.

Namun, secara tiba-tiba, sebuah parti kecil yang baru berusia beberapa bulan dengan memegang hanya 1 kerusi Parlimen, sudah mula berani meningkah apa yang telah ditetapkan oleh DAP sejak sekian lama. Semua ini gara-gara kemahuan Mahathir yang mahu menjadi Perdana Menteri buat kali kedua dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen setelah PRU ke 14 berlangsung.

Sebelum ini, PPBM kerap kali cuba melanggar apa yang telah diputuskan oleh DAP memandangkan parti ini di pengerusikan oleh Tun Dr Mahathir yang kononnya cukup berpengalaman dalam bidang politik. Tambahan pula hubungan akrab Mahathir dan Lim Kit Siang menjadi lesen utama buat PPBM cuba menonjolkan diri sebagai parti paling dominan di dalam Pakatan Harapan sehingga menganggap diri mereka layak mengetuai Pakatan Harapan.

Hal ini telah mengundang kritikan hebat dari Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyelar keinginan PPBM untuk mengetuai Pakatan Harapan. Katanya sejak sebelum penyertaan PPBM kedalam Pakatan Harapan, banyak perkara telah diputuskan oleh Majlis Kepimpinan Tertinggi Pakatan Harapan dan PPBM harus akur dan mengikut sahaja apa yang telah diputuskan.

Nampaknya, PPBM masih belum lagi menyedari bahawa mereka adalah parti paling kecil di dalam Pakatan Harapan. Bagi DAP, parti-parti berteraskan Melayu ini dianggap hamba sahaya mereka semata-mata tanpa benar-benar serius mahu membantu keperluan PKR, PAN dan PPBM ini. Justeru, adakah PPBM tidak menyedari bahawa mereka harus akur kepada DAP?

Hari ini, walaupun diketuai oleh bekas Perdana Menteri, bekas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan ramai lagi, ianya bukan tiket buat PPBM melenturkan kemahuan parti ultra kiasu ini dalam membentuk kerajaan. PPBM harus sedar status mereka jika mahu dibandingkan dengan DAP sebelum cuba berlagak menjadi tuan besar di dalam Pakatan Harapan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*