PM Thailand Tak Tahan Dengan Goyangan Berahi Lamyai

Share This:

Seorang artis baru wanita di Thailandm Lamyai Haithongkham kini mencuri perhatian seluruh rakyat negara itu dan sekitar Asia Tenggara dengan gaya persembahan erotik dan gaya tarian yang memberahikan di atas pentas di seluruh Thailand.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha nampaknya sudah semakin tidak tahan dengan perangai Lamyai meminta orang ramai dan pihak media memberi amaran untuk menghentikan gaya tarian merangsang nafsu yang sering dibuat oleh penyanyi itu.

“Saya mahu orang ramai dan media bagi peringatan kepada dia. Saya tak tahu apa nak buat pada orang yang suka kepada gaya, pakaian dan persembahan begini,” kata Prayuth dipetik akhbar The Nation hari ini.

Tidak banyak maklumat yang dapat diperoleh mengenai Lamyai selain dia dikenali dengan pakaian seksi ketika beraksi. Gerakan tubuhnya juga berbentuk provokatif.

Dia dilaporkan menjadi sebahagian daripada penyanyi irama Luk Thung, iaitu sejenis muzik Thailand yang muncul selepas Perang Dunia Kedua.

Ia melalui proses evolusi pada awal abad ke-20. Genre itu paling popular di wiayah timur laut Thailand.

Media melaporkan Lamyai paling dikenali kerana aksi gerakan sembilan goyangan kepala.

Pengkritik berpendapat penampilan aksi tarian Lamyai, 18, tidak sesuai dengan budaya tempatan.

Sementara itu eksekutif kanan syarikat rakaman Lamyai, Prajakchai Naowarat, berkata mereka akan mengurangkan rutin menggiurkan ketika beraksi.

“Kami akan perbetulkan apa yang patut. Aksi goyangan kepala dan pinggang itu juga akan dikurangkan kepada tiga kali, bukan sembilan lagi,” katanya.

Lamyai juga, kata Prajakchai, akan berpakaian “lebih baik” pada masa depan.

Bagaimanapun, eksekutif kanan syarikat Haithongkham (balang emas) itu mendakwa, gerakan itu sering dilakukan penyanyi kelas dunia.

Lamyai – atau nama sebenarnya Suphansa Vechkama – dikenali ramai melalui lagu paling popularnya, Pusao Khalo dan video rasminya di YouTube didakwa sudah ditonton lebih 230 juta kali hanya dalam tempoh enam bulan. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*