KPN Akui Kenal Gopi

Share This:

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mendedahkan bahawa beliau dan keluarganya mengenali suspek utama yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini kerana meminta wang rasuah daripada pengusaha pusat judi dan rumah urut di sekitar Melaka.

Bagaimanapun, Khalid memberitahu beliau sama sekali tidak mengetahui pembabitan suspek dalam kegiatan tersebut.

“Memang dia (Gopi) mengenali saya dan ahli keluarga tetapi jika dia melakukan sesuatu yang haram, dia perlu berhadapan dengan tindakan undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Op Selamat 11/2017 di Menara TM di sini hari ini.

– Utusan

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*