Bom 20kg Meletup Di Pattani

Share This:

Dua anggota keselamatan dan seorang pelajar wanita cedera dalam insiden serangan bom di Mukim Peng, Saiburi di Pattani, selatan Thailand petang tadi.

Ketua Polis Daerah Saiburi Kol Mana Dechawaris berkata bom seberat 20kg itu diletak di tepi jalan raya dan meletup ketika lima anggota keselamatan sedang melalui jalan raya itu dengan menaiki kereta perisai.

“Dua anggota keselamatan dan seorang pelajar wanita cedera akibat letupan bom itu,” katanya hari ini dan menambah, ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu Ketua Tentera Bahagian Keempat Lt Jen Piyawat Nakwanich menaiki helikopter dari Pattani ke Benang Setar, Yala petang tadi untuk bertemu dengan seorang lelaki yang bersetuju menyertai program ‘Bawa Balik Kampung’.

Lelaki itu, Bukhari Hasa disyaki anggota kumpulan militan selatan Thai dan memiliki lima waran tangkap atas insiden pengeboman yang berlaku 10 tahun lepas di Yala.

Program ‘Bawa Balik Kampung’ merupakan program deradikalisasi oleh pihak berkuasa Thailand untuk membantu mereka yang pernah terlibat dengan kegiatan militan kembali semula ke pangkuan masyarakat.

– Bernama

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*