Parti Kaum Majoriti Akan Jadi Paling Minoriti Dalam Pakatan Pembangkang

Share This:

Apa kuasa yang ada pada PPBM jika parti itu yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan peribumi di negara ini tapi bakal jadi parti paling minoriti dalam Pakatan Harapan (PH) apabila bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Walaupun nama Pengerusinya, Tun Mahathir Mohamad disebut-sebut akan menjadi Pengerusi PH tetapi ada pihak sudah menyatakan mereka tidak bersetuju dengan Mahathir sebaliknya kekal dengan ia diterajui oleh Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Jika Mahathir jadi Pengerusi PH, beliau kena ikut juga arahan dari pemimpin DAP kerana dari segi kiraan kerusi DAP ada kerusi paling banyak dalam Parlimen sekarang dan biasanya DAP akan diberikan kerusi paling banyak untuk bertanding pada pilihan raya.

Sebagai parti yang masih baru, takkan DAP mahu PKR atau PAN korbankan kerusi mereka dan serahkan kepada PPBM.

Kalau kalah, mesti PAN dan PKR tidak puas hati kerana telah memberikan kerusi mereka untuk dipertandingkan oleh PPBM.

Kerusi Pagoh hampir pasti akan jadi milik PPBM untuk dipertahankan tetapi untuk kerusi tambahan rundingan antara parti dalam pakatan itu sudah tentu tidak banyak yang boleh diberi kepada PPBM.

Bagaimana, parti bunga itu mahu memperjuangkan orang Melayu sedangkan di dalam PH, parti yang dipimpin oleh Presiden, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah parti yang benar-benar minoriti.

Jangan perdayakan rakyat dengan mengatakan bahawa pengaruh dan aura mereka sama seperti di dalam UMNO dulu tetapi hakikatnya aura mereka ditutup bayang DAP dan para pemimpinnya.

Apa sahaja agenda Mahathir dan Muhyiddin untuk orang Melayu dan peribumi perlu ditapis oleh DAP. Kemudian, agenda itu mesti selaras dengan perjuangan PAN dan PKR yang juga merupakan parti yang majoritinya orang Melayu.

Tidak ada nasib atau keperluan orang Melayu akan dipenuhi pada masa itu dan Mahathir akan digunakan sebagai bayangan sahaja bahawa DAP masih memberikan ruang kepada orang Melayu untuk menjadi Perdana Menteri.

Mahathir hanya mahu mencapai keinginannya untuk melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tumbang dan Barisan Nasional (BN) lingkup. Dari apa yang berlaku sekarang, PH yang nampaknya akan lingkup.  – pru14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*