Otak Anwar Lagi Tua Dari Mahathir

Share This:

Tun Dr Mahathir Mohamad merasakan bahawa kebolehan otaknya adalah lebih hebat dari Datuk Seri Anwar Ibrahim membolehkan beliau mengatakan akan mempertimbangkan untuk kembali memegang jawatan sebagai Perdana Menteri jika ia dimahukan pakatan pembangkang.

Sebelum ini pun, pada 11 April tahun lepas, Mahathir menyifatkan bekas Timbalannya itu sudah terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri biarpun dari segi umur, Mahathir sudah jauh lebih tua dan lebih dekat untuk mati.

“Saya rasa dia (Anwar) sudah terlalu tua.

Apabila saya berumur dalam 70-an, saya buat pengumuman bahawa saya tidak lagi boleh jadi PM pada usia 80, jadi saya nyatakan baahwa saya akan letak jawatan dan saya lakukannya sebelum saya berumur 80 tahun,” kata Mahathir pada masa itu menurut laporan Malaysiakini.

Ketika Mahathir mahu bersara pada Oktober 2003, beliau ada kata bahawa beliau sudah tua dan tidak mahu menjadi Perdana Menteri selama-lamanya kerana mahu memberikan peluang kepada orang lain untuk menerajui negara.

Kemudian, pada hari ini, Raja U-Turn ini menyatakan sebaliknya apabila akan membuat pertimbangan semula jika Pakatan Harapan mahu Mahathir menjadi Perdana Menteri sementara sekali lagi jika pakatan mereka menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Biarpun sudah berusia 92 tahun, Mahathir terasa muda apabila bersungguh-sungguh mahu jadi Perdana Menteri.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang hampir sebaya pun tidak begitu menonjol mahu menjadi Perdana Menteri seperti Mahathir.

Mahathir yang juga Pengerusi PPBM, sebenarnya tidak sedar diri bahawa usianya sudah semakin lanjut memasuki zon kritikal. Hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi untuk umur Mahathir mencecah usia 100 tahun, akan menjadi bekas Perdana Menteri pertama paling tua dalam sejarah negara.

Demi kerana mahu rancangannya untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya dengan rakan-rakan barunya, Mahathir mahu jadi Perdana Menteri kerana ia masih berasa dia ada pengaruh seperti dulu.

Mungkin kerana pernah menjadi doktor Mahathir rasa otaknya lebih bergeliga daripada Anwar atau siapapun calon lain jadi Perdana Menteri dari kumpulan pembangkang. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*