Pakatan Harapan Sebenarnya Belum Tentukan Lagi Siapa Calon PM Mereka

Share This:

Pakatan Harapan (PH) sebenarnya masih belum berbincang apa-apa berkenaan calon Perdana Menteri yang mereka mahu lantik sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Jadi, tindakan peserta Kongres Nasional PKR 2017 yang memegang plakad tertera Anwar PM Ke 7 adalah satu tindakan yang sebenarnya bertujuan provokasi ke atas Pengerusi parti bunga, Mahathir Mohamad.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata pemilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon dikatakan cadangan di peringkat PKR sahaja.

Bagaimanapun, dengan jumlah yang ramai mengangkat plakad berkenaan dalam majlis itu, ia seakan-akan PKR mahu melangkaui parti lain dalam PH dengan mengetengahkan nama Anwar sebagai Perdana Menteri.

Adakah ada teguran sudah dibuat oleh DAP kepada PKR supaya jangan beriya-iya mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri seperti Anwar adalah calon pakatan pembangkang. Jika benar, nampaknya PKR tetap akan tunduk kepada DAP dalam soal calon Perdana Menteri.

“Di peringkat Pakatan Harapan kita tidak bincang lagi untuk namakan siapa akan jadi perdana menteri. Tetapi sangat jelas PKR mencalonkan Anwar.

“Ada pemimpin dalam parti lain di dalam Pakatan Harapan yang sokong cadangan itu. Buat masa ini mereka masih melihat Anwar sebagai calon perdana menteri,” katanya ketika ditemui media, hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, terdapat beberapa pandangan dalam Pakatan Harapan mengenai isu calon perdana menteri.

“Sekarang ini ada kalangan pemimpin utama yang mengatakan kita patut tumpu pada PRU14. Jika menang baru kita pilih siapa perdana menteri.

“Ada satu lagi pandangan kata lebih bagus jika sebelum PRU14, kita umum manifesto dan calon perdana menteri sekali. Tetapi setakat ini kita tidak sampai ke peringkat itu (perbincangan) lagi,” katanya.

Dalam Kongres Nasional Tahunan PKR ke-12 baru-baru ini, perwakilan dan pemimpin parti sepakat memilih Anwar sebagai calon jawatan berkenaan.

Malah, Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut berhasrat mengusulkan kepada parti dan Pakatan Harapan bagi menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri dalam PRU14. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*