Laporan Polis Kini Boleh Dilakukan Secara Online

Share This:

Kelmarin polis melancarkan sistem aduan dalam talian yang memudahkan orang ramai membuat laporan seperti kehilangan kad pengenalan tanpa perlu ke balai polis.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh berkata sistem dikenali sebagai e-reporting itu dilancarkan ketua polis negara Khalid Abu Bakar pada Mac lalu.

Bagaimanapun katanya, laporan yang boleh dibuat menerusi aplikasi itu ialah kes tanpa melibatkan jenayah yang memerlukan siasatan lanjut polis.

Pada masa ini, jelas beliau aplikasi aduan itu hanya boleh digunakan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail Petaling Jaya.

Menurut rekod polis pada tahun ini, sebanyak 150,762 daripada 167,274 laporan polis ialah mengenai kehilangan kad pengenalan.

Beliau turut melancarkan sistem pemeriksaan secara talian yang membenarkan orang ramai memeriksa perkembangan kes mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web http://ereporting.rmp.gov.my and http://sso.rmp.gov.my. – 21 Mei, 2017.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*