Yuna Jadi Penyanyi Malaysia Pertama Tercalon Anugerah BET

Share This:

Wah, murah betul rezeki Yuna sejak melebarkan sayap ke pentas seni suara antarabangsa.

 
Antara banyak-banyak artis tanah air yang berjaya menembusi pasaran luar negara, Yunalis Mat Zara’ai, 31, yang lebih mesra disapa Yuna mencipta sejarah dengan menjadi penyanyi pertama Malaysia dicalonkan untuk anugerah BET di Amerika Syarikat.
 
 

Foto: IG Yuna
 
Memetik The Star, Yuna melayakkan diri dalam anugerah berkenaan menerusi lagu Crush, gandingan bersama penyanyi Hollywood, Usher.
 
Yuna dicalonkan dalam kategori Centric Award di mana artis yang tercalon adalah dari genre neo soul atau R&B.
 
Disenarai pendek bagi kategori terbabit, Yuna turut bersaing dengan lima lagi penyanyi iaitu Mary J. Blige dengan lagu Thick of It, Kehlani (Distraction), Solange (Cranes in the Sky), Fantasia (Sleeping With The One I Love) serta Syd (All About Me).
 
 
 
Anugerah tahunan ini dianjurkan saluran Black Entertainment Television untuk pemuzik Afrika-Amerika serta golongan minoriti lain dalam industri hiburan.
 
Antara pemenang yang pernah merangkul anugerah berkenaan sebelum ini termasuklah Beyonce, The Weeknd dan Common.
 
 
Foto: IG Yuna Room Records
 
Anugerah BET 2017 akan berlangsung pada 25 Jun 2017 (Ahad) di Microsoft Theater, Los Angeles.
 
Tahniah diucapkan kepada Yuna di atas pencapaian yang membanggakan ini. –

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*