Tamparan Mat Over Senyapkan Banyak Isu Di Malaysia

Tiada siapa menyangka seorang pelawak veteran, Sulaiman Yassin atau Mat Over berani menyerang orang besar Metrowealth International Group (MIG), Datuk David Teo di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd najib Tun Abdul Razak. Kejadian pada Rabu lalu itu pantas menjadi tular di laman-laman sosial dan di tonton oleh jutaan manusia secara langsung.

Menariknya, pada hari yang sama, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 6 hingga 7 sen seliter. Pada kebiasaannya, setiap kali pengumuman kenaikan harga minyak, ianya disambut bagaikan pesta besar buat pembangkang terutamanya di kalangan penyokong Pakatan Harapan.

Namun, apa yang berlaku sebaliknya. Mat Over telah berjaya menenggelamkan isu kenaikan harga minyak dengan tamparan sensasinya di Sri Perdana. Tidak terhenti setakat itu, tamparan berkenaan juga telah menggelamkan banyak isu politik yang cuba dibawa pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Tidak dinafikan, apa yang dilakukan oleh Mat Over itu kelihatan agak keterlaluan. Namun, dari luahan hatinya sendiri, dia berkata, apa yang dilakukan pada hari Rabu lalu telah difikirkan sedalam-dalamnya akan impak yang mungkin akan diterimanya. Namun, kemarahan dia terhadap David Teo yang dianggapnya sebagai melampau dan kurang ajar, sukar untuk dia abaikan begitu sahaja.

Hari ini, pembangkang di Malaysia juga sudah kekeringan isu untuk menyerang kerajaan kerana setiap apa yang dilakukan kerajaan sebelum ini telah menampakkan hasilnya. Insiden yang berlaku Rabu lalu sedikit sebanyak telah melenyapkan usaha pembangkang untuk terus menabur fitnah terhadap kerajaan.

Malah, isu yang cuba dibawa oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir dengan sekali lagi cuba memburukkan imej kerajaan semasa melakukan kunjungan ke Oman baru-baru ini juga ditenggelami dengan kehebatan tamparan Mat Over. Nampak sangat populariti Mat Over jauh mengatasi Mahathir.

Lebih melucukan apabila aksi Mat Over menyerang David Teo ini juga turut menenggelamkan video panas Izara Aishah yang mendedahkan hampir keseluruhan buah dadanya serta isu Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang membuat tawaran berbuka puasa dengannya dengan menjual sebuah meja sebanyak RM 30 ribu dengan alasan kutipan berkenaan disumbangkan kepada pihak yang memerlukan.

Mungkin, insiden yang berlaku di Sri Perdana Rabu lalu akan hanyut ditelan masa pada bila-bila masa sahaja. Namun impak hasil apa yang dilakukan oleh Mat Over ini jauh mengatasi pelbagai isu yang kerap kali dimainkan oleh pembangkang. Hebat sungguh penangan artis veteran ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*