Sebut Pakatan Harapan Pasti Akan Teringatkan Hantu!

Istilah hantu mungkin akan menakutkan sesetengah orang terutamanya kanak-kanak. Hantu sentiasa dimomokkan dengan imej yang menakutkan selain ianya kerap dijadikan modal buat pengkarya filem samada di Malaysia mahupun di persada antarabangsa. Bagi masyarakat Melayu, pelbagai nama hantu akan terlintas seperti Hantu Raya, Pocong, Pontianak dan sebagainya.

Hakikat sebenarnya adalah, hantu adalah jelmaan Syaitan yang sememangnya sejak azali lagi ditugaskan untuk mengganggu manusia. Berilah apa jua istilah atau nama hantu, kesemuanya berasal dari golongan jin dan syaitan.

Namun, siapa sangka, istilah hantu ini juga turut menyelubungi arena politik negara. Lihat sahaja bagaimana tuduhan pengundi hantu akan kerap dimainkan setiap kali tiba musim pilihan raya. Isu ini tidak pernah padam sejak Pilihan Raya Umum yang pertama pada tahun 1955. Akan ada sahaja tuduhan pihak lawan menyediakan pengundi-pengundi hantu walaupun sehingga kini, kewujudannya masih belum disahkan.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ada menyebut bahawa Pilihan Raya Umum ke 14 ini adalah pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah. Dia merujuk kepada kemungkinan munculnya pengundi-pengundi hantu di beberapa pusat pemilihan nanti. Tidak pasti dari mana Nurul Izzah memperolehi fakta ini namun apa yang kita dapat fahami adalah, apabila menyebut nama Pakatan Harapan, pasti kita akan teringatkan hantu.

Ini kerana, baru-baru ini Sidang DUN Sarawak telah membuktikan bahawa DAP yang juga salah sebuah parti yang menganggotai Pakatan Harapan, menyediakan calon hantu untuk bertanding di DUN Pujut. Nampaknya, Pakatan Harapan jauh lebih kehadapan dalam isu hantu ini. Ianya bukan lagi berkisar kepada pengundi hantu tetapi mereka juga boleh menyediakan calon hantu dan menariknya, calon ini boleh menang.

Bayangkan, jika mereka boleh menyediakan calon hantu, bukan satu perkara yang mustahil sekiranya mereka juga mampu menyediakan pengundi hantu. Jadi tidak salahlah untuk mengandaikan bahawa apabila kita menyebut tentang Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum yang akan datang, otak kita akan terfikirkan imej hantu yang bakal dibawa.

Lebih hebat lagi, Pakatan Harapan juga boleh menyediakan calon-calon hantu yang mungkin diimport dari luar. Sebagai contoh, calon-calon DAP atau PKR yang bertanding kelak, usahkan mahu menghafal bait lirik lagu kebangsaan Negaraku, untuk bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu pun belum tentu. Bukankah ini juga ciri-ciri calon-calon hantu pilihan Pakatan Harapan?

Sudahlah perangai mereka juga seperti kacang hantu yang cukup gemar menghuru harakan negara, calon untuk menjadi wakil rakyat juga terdiri daripada hantu-hantu yang boleh berjalan diwaktu siang. Hebat Pakatan Harapan. Hantu pun boleh diletakkan sebagai calon.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*