Pembantu Kedai Judi Yang Dirogol Tampil Kisah Sebenar

Baru-baru ini, wanita yang dirogol oleh dua lelaki di sebuah pusat perjudian haram di Bandar Kinrara telah tampil untuk membuat laporan.

Wanita terbabit berusia 33 tahun Indonesia telah hadir di ibu pejabat polis daerah pada petang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias ​​berkata, wanita terbabit melaporkan bahawa dia bersama rakan sekerja Bangladesh di premis itu semasa kejadian itu.

“Pada awalnya, kedua-dua suspek pergi ke sana atas alasan untuk menjadi pelanggan ketika tempat itu kosong” jelas ACP Megat Mohamad Aminuddin.

“Kemudian mereka mengacukan pisau dan menyamun wanita terbabit. Setelah itu, mereka bergilir-gilir merogol wanita terbabit” jelasnya lagi.

“Mereka turut mencuri kad pengenalan dan dokumen perjalanan kedua-dua mangsa sebelum melarikan diri”.

“Wanita itu takut untuk tampil membuat laporan kerana dia tidak mempunyai apa-apa dokumen bersamanya. Oleh itu, dia mencari tempat perlindungan dan tinggal di rumah kawannya” katanya.

“Dia akan dibawa ke Hospital Serdang untuk penilaian perubatan secara menyeluruh” kata ACP Megat Mohamad Aminuddin.

Kini, seorang suspek berusia 26 tahun yang berada dalam tahanan polis berhubung kes tersebut, mempunyai rekod jenayah sebelum ini, melibatkan kes samun di Lembah Klang. Dia ditahan di Kuala Selangor pada pukul 5.30 petang pada hari Ahad yang lalu.

Buat masa ini, Polis sedang memburu suspek lain yang terlibat dalam kes ini. ACP Megat Mohamad Aminuddin berkata, polis juga sedang menyiasat operasi di pusat perjudian tersebut.

“Berdasarkan penemuan kami, ia telah beroperasi selama sebulan” katanya.

Pada Sabtu lalu, pemilik kedai itu telah membuat laporan di Balai Polis Bandar Kinrara. Kejadian itu berlaku pada hari Khamis ketika rakaman CCTV tersebut menjadi tular.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*