Orang Tengah Rasuah ‘Cover’ Rumah Urut Dan Pusat Judi Kena Cekup

Share This:

Seorang lelaki yang memegang watak sebagai orang tengah dalam rasuah direman selama enam hari untuk membantu siasatan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes rasuah melindungi pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka.

Kebenaran tahan reman dikeluarkan oleh Majistret Nadia Othman di Mahkamah Majistret Putrajaya, untuk disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 bermula hari ini hingga 24 Mei depan.

Portal Astro Awani memetik sumber yang menyatakan suspek berkenaan bekerja sendiri tetapi berperanan sebagai orang tengah untuk mengutip wang suapan, dia ditahan semalam pada pukul 9 malam selepas hadir beri keterangan berhubung kes berkenaan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

“Dia mengutip wang suapan sebelum diserahkan kepada suspek-suspek yang lain, akaun bank lelaki itu juga turut digunakan untuk menyimpan wang suapan, nilai rampasan masih dalam siasatan,” kata sumber berkenaan.

Lelaki itu merupakan orang awam yang keempat dan merupakan suspek ke-11 ditangkap berhubung kes menerima rasuah melindungi premis-premis haram itu.

Terdahulu suspek yang memakai baju lokap berwarna oren dengan tangan bergari tiba di perkarangan Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9 pagi, hari ini.

Penahanan suspek dan 10 lagi termasuk dua ketua polis daerah merupakan usaha SPRM untuk membanteras kegiatan rasuah melibatkan judi dan rumah urut haram yang masih berleluasa ekoran sikap tidak berintegriti termasuk dalam kalangan pihak berkuasa.

Terdahulu semalam, seorang anggota polis berpangkat koperal berumur 52 tahun yang bertugas di Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka direman selama tujuh hari selepas ditahan dirumahnya di Kuarters IPK sama.

Turut dirampas semasa koperal berkenaan ditahan ialah wang tunai sebanyak RM800,000 yang disembunyikan didalam stor kediamannya.

Sebelum itu, selain suspek berpangkat koperal, dua Ketua Polis Daerah yang bertugas di Melaka Tengah serta Jasin, seorang inspektor dan satu orang awam turut ditahan bagi membantu siasatan kes yang sama.

Manakala pasa Selasa lalu, dua orang awam termasuk seorang pengusaha pusat judi haram yang dipercayai mempunyai ‘kuasa’ untuk menukar mana-mana pegawai polis yang tidak bekerjasama dengan mereka ditahan bersama tiga pegawai polis masing-masing dua berpangkat deputi superintenden dan seorang inspektor. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*