Klopp Temui Pengganti

Share This:

BELUM sampai dua musim mengendalikan Liverpool, Jurgen Klopp sudah mempunyai perancangan yang besar untuk masa depan kelab tersebut.

Jurulatih kelahiran Jerman itu mengakui dia mahu legenda Liverpool, Steven Gerrard untuk menggantikannya apabila dia meninggalkan Anfield satu hari nanti.

Gerrard pada awal musim ini kembali menyertai Liverpool dan mengendalikan pasukan bawah 18 tahun.

Berita kepulangan Gerrard itu disusuli dengan komitmen Klopp untuk kekal bersama kelab tersebut apabila menandatangani kontrak lanjutan selama enam tahun dan tidak mempunyai perancangan untuk bertukar angin ke kelab lain.

Menerusi wawancara bersama akhbar The Times, Klopp berkata, Gerrard pasti akan menyambung tugasnya sebagai pengurus Liverpool.

“Saya memberitahunya, apabila saya meninggalkan kelab ini atau diperat, saya tidak kisah tentang pengganti tetapi saya lebih suka jika dia dipilih,” katanya.

Gerrard kembali bersama pasukan yang disertainya sejak kecil selepas menghabiskan masa selama 18 bulan bersama pasukan LA Galaxy di Amerika Syarikat.

“Sunggut hebat apabila melibatkan Gerrard. Dia merupakan individu yang menarik,” kata Klopp lagi.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*