Kes Tampar : Tidak Wajar Afdlin Shauki Salahkan Rosyam Nor

Share This:

Pada hari ini, pelawak, Afdlin Shauki menyalahkan Datuk Rosyam Nor atas kejadian tampar yang berlaku dalam Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama perdana menteri yang dipengerusikannya semalam.

Beliau mempersoalkan tindakan pengacara memburukkan keadaan dengan kenyataan “dia ni memang kurang ajar” yang merujuk kepada penerbit filem, Datuk David Teo yang ditampar pelakon veteran, Sulaiman Yassin atau Mat Over.

“Pada saya, yang paling bersalah adalah moderator yang tak mengawal keadaan dengan baik. Lepas tu satu Malaysia dengar audio dia cakap kat PM ‘dia ni memang kurang ajar Datuk Seri’” tulisnya di Instagramnya hari ini.

“Apa tujuan memburuk-burukkan keadaan? Bukankah lebih baik sekadar meminta maaf atas kelakuan anak-anak seni yang terlalu nak menonjolkan diri” tulisnya lagi.

Dialog TN50 bersama Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung malam tadi kecoh selepas Mat Over menampar Teo di depan perdana menteri.

Insiden itu berpunca daripada Teo yang menjerit-jerit meminta Rosyam memberi peluang kepada hadirin di barisan belakang untuk mengajukan soalan kepada Najib, sebelum Mat Over tiba-tiba muncul dan menampar Teo ketika Rosyam membuka ruang kepada penerbit itu untuk mengajukan soalan perdana menteri.

Sepatutnya, Afdlin harus salah tindakan biadap Teo dalam hal ini. Sudah terang-terangan Teo menunjukkan sikap tidak hormatnya di depan Perdana Menteri dan hal ini lebih memalukan. Sudahlah, Teo dijemput datang ke rumah orang tetapi sayangnya Teo telah mecalarkan nama baik penggiat seni di tanah air ini dengan sikapnya. Takkan kita nak tegakkan benang yang basah. Sudah jelas ketika itu memang apa yang dilakukan oleh Teo itu sangat biadap.

Sementara itu, Rio Rashid II telah menyatakan di laman facebooknya bahawa ketika jamuan makan di rumah Perdana Menteri, dia telah duduk bersebelahan dengan Teo. Dengan riak dan takburnya Teo mengatakan “ini last time kita jumpa najib di seri perdana, lepas ni orang lain dah duduk sini hahahaa!”

[bravOo brader Mat Over bagi penumbuk sulung kepada David Teo keparat… sesuatu yg saya tak mampu lakukan semasa perjumpaan PM dgan team seniman/karyawan sebelum PRU13 di SeriPerdana dulu.
masa jamuan makan DavidTeo berada di sebelah saya & sembang dgan kumpulannya “ini last time kita jumpa najib di seri perdana, lepas ni orang lain dah duduk sini hahahaa!” disambut gelak tawa kumpulannya.
saya menyirap je… ko bantai org yg jemput ko datang rumah dia jilake!! & saya terus boikot produk cinaDAPigs sekor tu sejak hari tu. tapi malam ni brader MatOver buat saya puas & bangga!!] #TeamMatOver #BoikotDavidTeo #TN50

Inikah orang yang kita ingin jadikan contoh? Kalau kita tahu cara menghormati orang lain, orang lain pun tahu bagaimana menghormati kita. “Respect is something that need to be earn and you cannot buy with money”.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*