Kadar Ekonomi Negara Meningkat Kadar 5.6 Peratus, Mungkin Tertinggi Di ASEAN

Share This:

Ekonomi negara direkodkan berkembang sebanyak 5.6 peratus bagi suku pertama tahun ini, meningkat berbanding dengan 4.5 peratus yang direkodkan dalam masa sama tahun lepas.

Kemungkinan peningkatan kadar pertumbuhan ini adalah yang tertinggi di benua Asia Tenggara dalam kumpulan ASEAN.

Ia dikatakan satu pertumbuhan di luar jangkaan pakar ekonomi yang sebelum ini menganggarkan kadar pertumbuhan ekonomi negara hanya sekitar 4.4 hingga 4.8 peratus sahaja.

Angka 5.6 peratus adalah suatu kejayaan yang kukuh di sokong oleh permintaan dalam negeri yang stabil, terutamanya perbelanjaan di dalam sektor swasta.

Dari segi penawaran, pertumbuhan ini didorong oleh sektor pertanian yang telah kembali pulih. Sektor perkilangan dan perkhidmatan juga membantu dalam pengembangan ekonomi negara pada suku pertama.

Kebanyakan analisis ekonomi negara tidak mengambil kira pasaran kewangan domestik negara yang terus stabil. Sekuriti hutang awam terkumpul yang dipegang pelabur asing turun kepada 24.7 peratus, berbanding 30.6 peratus pada suku ke-empat tahun lepas.

Gebenor Bank Negara, Datuk Seri Muhammad Bin Ibrahim berkata, “Malaysia dijangka kekal di landasan untuk mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi tahun ini dan unjuran ekonomi Malaysia akan terus mengembang”.

Beliau terus menyatakan bahawa “eksport dijangka meraih manfaat daripada pertumbuhan global yang bertambaik baik.”

Walau bagaimanpun, kadar inflasi telah meningkat sejak beberapa bulan ini. Inflasi suku pertama telah meningkat kepada 4.3 peratus disebabkan harga bahan api yang naik. Akan tetapi, inflasi dasar (core inflation) kekal pada paras yang stabil sekitar 2 peratus.

Bank Negara Malaysia menyatakan bahawa kadar inflasi pada suku hadapan dan seterusnya dijangkakan akan turun, walaupun mencatatkan peningkatan di luar jangkaan pada suku pertama. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*