Janji Dapat Sembang Dengan PM – Fizz Fairuz

Dialog Transformasi Nasional 2050 atau TN50 bersama Perdana Menteri dalam segmen pengiat seni mengundang keterujaan dikalangan artis tanahair. Mungkin David Teo terlebih keterujaan sehingga mencetuskan insiden yang kurang menyenangkan tersebut.

Tidak dapat dinafikan, para artis tanahair amat bersyukur apabila Datuk seri Najib Tun Razak sanggup mengadakan sesi dialog bersama mereka memandangkan tidak pernah ada PM sebelum ini yang mahu mendengar dan bertemu dengan mereka secara langsung.

Melalui akaun Instagram milik Fizz Fairuz, kita dapat melihat beberapa “caption” dan gambar yang dimuat naik oleh beliau berkenaan perjumpaan tersebut.

Gambar ini saya akan simpan sampai bila2,mmg win..biarlah org nk kena tampar ke,gaduh ke..janji dpt sembang ngan perdana menteri malaysia @Suasana yg agak menarik pada gambar ini… tq perdana menteri kami.. @najib_razak memberi ruang kami menyatukan anak seni… tq @noradanish @boss_ned @rizalmansor @ashrafmuslim @sallehsaidkeruak @chefyangjamil_

 

TN50 atau Transformasi Nasional 2050 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi. TN50 ini adalah rancangan untuk masa hadapan selepas wawasan 2020.

TN50 diilhamkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan bajet 2017 tahun lepas. TN50 akan menjadi platform dalam usaha membentuk Malaysia kearah negara yang lebih baik pada masa akan datang.

Visi ini melibatkan golongan anak muda dalam waktu yang sama dipacu Kementerian Belia dan Sukan bagi melihat Malaysia berkembang pesat sebagai negara maju mengikut acuan pemikiran jitu anak muda Malaysia serta mewujudkan ‘Bangsa Malaysia’ sebagai identiti bangsa negara. Jadi lepas ni kalau orang tanya, “kau bangsa apa?” jawapannya, Bangsa Malaysia.

TN50 akan menjadi medan ‘terbuka’ untuk kerajaan mendengar pendapat anak muda bagaimana Malaysia akan dibangunkan kira-kira 30 tahun lagi. TN50 adalah visi baharu dalam melakar Malaysia mengikut kaca mata orang muda.
Dengan kata lain, TN50 adalah platform untuk anda menyumbang pendapat atau idea bagi membentuk Malaysia mengikut acuan kita sendiri tanpa sebarang pengaruh luar dan jauh daripada sebarang unsur asing.

Jadi tidak kira apa bangsa, agama dan taraf sosial kita sekali pun sama ada golongan profesional, pensyarah, pegawai kerajaan, mahasiswa, buruh, nelayan mahupun petani boleh bersama-sama menyumbangkan idea melalui TN50 dalam usaha membentuk Malaysia sebuah negara yang lebih baik pada masa hadapan.

Artis-artis tanahair amat menghargai kesudian Datuk Seri Najib meluangkan masa untuk mendengar luahan hati mereka. Walaupun berlaku sedikit “drama” dalam perjumpaan tersebut namun di sisi lain mereka dapat melihat betapa PM kita merupakan seorang yang baik hati tetapi tegas dalam mentadbir negara bagi membawa rakyat Malaysia ke tahap yang lebih baik dari sebelum ini.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*