Isu Tampar: Afdlin Shauki Dah Berbunyi

Susulan isu penerbit David Teo ditampar Mat Over dalam majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) baru-baru ini, Datuk Rosyam Nor tampil memberi pandangannya berhubung perkara itu.


Rosyam menegaskan David perlu mengikut pe-patah Me-layu, ‘masuk kandang kam-bing me-ngembik, ma-suk kandang kerbau me-nguak’ kerana dia enggan ‘pisang berbuah dua kali’


“Pepatah itu bermaksud, jika kita berada di tempat orang, kita harus ikut adab atau peraturan di situ.

“Namun sebaliknya berlaku apabila David bertindak mempertikaikan cara pengendalian majlis. Nasib baik saya boleh tahan marah dan kembali mengawal keadaan,” katanya kepada Utusan Online.


Memetik portal Utusan, Rosyam jelas terkilan dengan isu berkenaan kerana menurutnya insiden itu tidak sepatutnya berlaku selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuka peluang untuk penggiat seni berdialog secara bersemuka dengannya di kediaman beliau.


“Bagaimanapun, Perdana Menteri ada beritahu bahawa beliau suka cara saya mengendalikan sesi dialog itu dan juga idea-idea yang dilontarkan oleh penggiat seni,” katanya.


Dalam masa sama, Rosyam bersyukur masih tenang ketika insiden berlaku.


“Saya bukan baharu jadi pengacara dan sudah lama dalam dunia seni. Syukur kepada Allah SWT sebab memberi kematangan dalam diri walaupun orang lain belum tentu dapat menanganinya,” ujarnya.


Sementara itu, pelawak Afdlin Shauki bagaimanapun menyalahkan Rosyam ke atas insiden terbabit dan menyifatkan tindakannya mengeruhkan lagi keadaan.



Foto: mStar Online



“Pada saya Moderator yang bersalah kerana tak mengawal keadaan dengan baik. Kemudian satu Malaysia dengar dia berkata pada PM ‘dia ni memang kurang ajar datuk seri!'” tulisnya di akaun Instagramnya.



Foto: IG Afdlin Shauki



Pada masa sama, Afdlin turut menggesa Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi mengambil tindakan terhadap Rosyam disifatkan memalukan penggiat seni tanah air.


Macam-macam pula yang timbul daripada kejadian tampar itu. Jangan disebabkan perkara itu, habis semua anak seni kita berpecah-belah sudah lah. Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan aman.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*