Bakal Rugi ASD 150 Juta, Tak Sangka Filem King Arthur ‘Flop’!

Share This:

Warner Bros mengalami mimpi ngeri terburuk apabila King Arthur: Legend of the Sword dilabel sebagai box office paling gagal. Malah, mimpi ngeri itu berlipat ganda apabila mereka menjangkakan bakal kerugian sebanyak ASD 150 juta (RM649,125,000).

Ditayangkan seminggu selepas Guardians of the Galaxy Vol. 2, filem ini sepatutnya ‘mencuri’ perhatian penonton. Namun, ternyata Warner Bros ‘gagal’ dan hanya mampu meraih ASD 15.4 juta (RM66,643,500) dalam pasaran domestik.


Memetik ScreenRant, analisis dilakukan The Hollywood Reporter menganggar Legend of the Sword hanya dapat meraih keuntungan maksimum ASD 145 juta (RM627,487,500) sahaja.





Jumlah itu sudah tentu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan kos produksi dan pemasarannya yang berjumlah ASD 175 juta (RM757,312,500).


Mengikut analis, kegagalan dialami filem garapan Guy Ritchie ini didorong beberapa faktor.


1. Filem adiwira – Penonton masih ‘panas’ dengan filem ‘superheroes’.


2. Masa tayangan tak kena – Penonton lebih berminat dengan Guardian of the Galaxy Vol. 2 kerana ia adalah cerita baru berbanding jalan cerita King Arthur mencabut pedang yang agak sama sejak dulu.

3. Kritikan negatif – Filem ini hanya mendapat rating 27% dari Rotten Tomatoes membuat penonton berasa ragu untuk menonton.


4. Membosankan – Tak dapat dinafikan kemungkinan penonton sudah bosan dengan filem berlatarbelakangkan abad pertengahan seperti drama bersiri popular Game of Thrones dan Vikings.



Foto: IMDb



Meskipun mendapat kritikan teruk dari pengkritik, kita tidak boleh ketepikan tanggapan positif daripada penonton yang melihat filem ini berpotensi untuk pergi jauh. Apa pula komen anda yang sudah menonton filem ini?

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*