Wartawan Dan Akhbar Bakal Disaman Ahmad Razif

Terkini, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyatakan bahawa beliau bakal menyaman wartawan dan sebuah syarikat akhbar yang menimbulkan isu pokok benang sutera berharga RM180,000 yang menjadi mercu tanda Bandar Baharu Kuala Nerus.

Ahmad Razif berkata tindakan tersebut susulan laporan yang disiarkan di muka depan akhbar arus perdana tersebut hari ini yang masih membangkitkan isu yang pernah dinafikannya dan mendakwa pokok berkenaan telah mati sedangkan kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang kaitan dengannya.

“Saya amat terkejut sebab isu ini telah selesai. Isu tidak ada kena mengena dengan kerajaan, jadi saya tidak tahu apakah motif ditimbulkan semula isu ini. Saya sedang meilhat dan menilai semula, kemungkinan kita akan serah kepada perundangan” jelasnya dalam sidang media selepas merasmikan Minggu Perusahaan Kecil Sederhana (PKS).

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*