Video Kereta Terbakar, Matikan Enjin Sebelum Isi Minyak

RAMAI yang mengabaikan aspek keselamatan ketika mengisi minyak kereta sedangkan akibat dari kecuaian tersebut boleh meragut nyawa insan tersayang.

Satu video yang memaparkan kebakaran kereta di sebuah stesen minyak telah viral di media sosial. Ianya berlaku di stesen Petronas, Greenlane, Pulau Pinang. Pemandu meninggalkan enjin dalam keadaan hidup ketika beliau mengisi minyak.

Anak beliau pula pergi ke kios Petronas untuk membeli barangan. Ketika kanak-kanak tersebut kembali ke kereta, menutup pintu, dia terus bermain game di telefon bimbit.

Tidak lama kemudian, api menyambar dari muncung pam minyak di kereta masuk ke dalam kereta tersebut. Ianya berkemungkinan dinyalakan oleh radiasi telefon bimbit.

Oleh itu, pastikan anda matikan enjin kereta, tidak mengunakan telefon bimbit serta tidak keluar masuk kereta ketika mengepam petrol. Utamakan keselamatan bagi mengelakan perkara yang tidak diingini berlaku.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*