Gali Kubur Adik Thaqif : Jenazah Masih Utuh, Tidak Hancur, Berbau

JANJI Allah s.w.t itu pasti. Al Quran adalah mukjizat dari Allah. Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia 26 April lalu digali semula oleh pihak hospital dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi mencari punca kematiannya. Sample yang diambil selepas kematiannya sebelum ini tidak menemui apa-apa yang menjadi punca kepada kematiannya.

Ternyata, sekali lagi Allah SWT menunjukan kebesaranNya apabila kaki yang dipotong dan tubuh pelajar tahfiz berkenaan yang bercita-cita menjadi huffaz ketika memasuki Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor ini tidak mereput atau berbau busuk biarpun sudah hampir sebulan jenazahnya dikebumikan.Ketika kuburnya digali semula keadaannya, seolah-olah masih baru ditanam semalam!.

Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini. Ternyata terbukti kepada mereka yang mengutamakan al-Quran dalam kehidupannya, dipelihara jenazahnya dari seksaan azab kubur. Menurut bapa saudara arwah, Mas Arip dia bersama bapa mentuanya, Ahmad bin Motai menjadi saksi bagi pihak keluarga menyaksikan kubur anak saudaranya itu digali semula.

“Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama seperti baru ditanam. Pihak forensik yang mengambil sample dari kaki yang dipotong itu turut mengagumi keadaan jenazah yang tidak mereput bahkan cukup istimewa kerana Allah menunjukkan kebesaranNya di hadapan mereka yang masih hidup. Kejadian ini turut disaksikan oleh pihak berkuasa.

“Allahuakabar!! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur. Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan. Betul-betul menginsafkan saya. Masya-Allah. Allah maha berkuasa,”kongsinya lagi.

Adik Thaqif dikatakan menjadi mangsa pukulan warden yang bertugas di pusat tahfiz berkenaan. Sehingga kini kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa bahkan pembantu warden berkenaan juga telah dibebaskan kerana kekurangan bukti.

Semoga berita ini sedikit sebanyak dapat mengembirakan hati kedua ibu bapa adik Thaqif.

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*