Pembangkang Serang Pengerusi SPR Pula, Lepas Serang Speaker Semalam

Share This:

Selepas menyerang Speaker Dewan Rakyat semalam, hari ini Pakatan Harapan (PH) mengarahkan serangan mereka kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah pula dengan dakwaan yang tidak berasas kepada beliau.

Mereka serang beliau kerana beliau masih belum dapat meluangkan masa bertemu dengan wakil PH biarpun sudah memohon beberapa kali.

Dek kerana itu, pembangkang terus menuduh sistem pilihan raya di negara ini tidak mencerminkan kebebasan dan keadilan.

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, parti-parti politik yang merupakan pelanggan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih dinafikan pertemuan dengan pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Menurutnya, malah usaha Pakatan Harapan untuk menghubunginya secara bertulis tidak dilayan.

“Pengerusi SPR terkini telah menampilkan tingkah laku yang amat tidak profesional dalam sejarah SPR yang secara tidak langsung telah merendahkan taraf badan itu daripada sebuah suruhanjaya yang sepatutnya bebas dan adil.

“Pelanggaran hak asasi dan kebebasan berorganisasi di negara ini yang menjadi tonggak utama proses demokrasi oleh institusi penjaga demokrasi seperti SPR adalah perbuatan terkutuk dan memalukan negara,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di Petaling Jaya, hari ini.

Turut hadir dalam sidang media ini adalah bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Rahman, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa.

Padahal sudah semestinya hak kebebasan Mohd Hashim sendiri untuk membuat keputusan sama ada mahu bertemu dengan pemimpin PH atau tidak dan bukannya dituduh sebegitu rupa.

Jika pilihan raya tidak adil, pihak pembangkang terima dan gembira pula apabila kekal memerintah Pulau Pinang dan Selangor.

Mereka gagal untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan kini mereka cuba membuat kerosakan kepada semua sistem negara Malaysia termasuk menyerang Yang diPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Setakat ini, Mohd Hashim masih belum membuat kenyataan berkenaan perkara ini dan belum menjawab tuduhan pembangkang berkenaan kenapa beliau masih tidak mengadakan pertemuan dengan pembangkang.

Pembangkang makin terdesak dan makin memerlukan sokongan tapi mereka jelas salah memilih strategi yang salah untuk terus membuat tuduhan yang tidak benar dan tiada asas hanya dengan alasan mahu rakyat membenci BN tetapi sokong mereka. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*