Tiket Ed Sheeran, Tudung Vivy Yusof Dan Kasut Kanye West Bukti Rakyat Malaysia Tidak Hidup Susah

Share This:

Kebelakangan ini, telah digembar-gemburkan bahawa kehidupan rakyat Malaysia susah dan tidak seperti dulu. Kos sara hidup tinggi, harga barang naik dan peluang pekerjaan sangat terhad. Walau bagaimanapun, ianya mustahil untuk kita mengharapkan kos sara hidup dan harga barang akan menjadi seperti zaman mak ayah kita.

Ini kerana, zaman sudah berubah. Negara kita menuju kepada negara membangun. Jika anda boleh imbas kembali pada zaman mak ayah kita dulu, pernahkah kita dengar mereka kata harga barang murah. Pastinya, tidakkan. Oleh itu, janganlah kita bandingkan zaman dulu dengan zaman sekarang kerana semuanya jauh berbeza. Baik dari segi ekonomi, pembangunan, teknologi dan lain-lain.

Hakikatnya, masalah terbesar kebanyakan rakyat Malaysia adalah untuk menguruskan kewangan dengan bijak dan cermat. Rata-rata diantara kita sukar mengawal nafsu untuk memiliki sesuatu kita kehendaki daripada mengutamakan keperluan harian dan kepentingan menyimpan dan pelaburan. Oleh itu, jika kita ingin merungut semua benda tidak mencukupi, lihat balik cara kita menguruskan kewangan.

Sekarang ini, ramai rakyat Malaysia yang masih muda telah diisytiharkan sebagai bankrup c. Bagaimana pekara ini boleh terjadi? Nak kawin cepat, pinjam loan dengan bank. Baru mula kerja dah nak pakai kad kredit, beli kereta baru, rumah baru, telefon baru dan macam-macam lagi. Tak cukup duit, minta pada mak ayah. Itulah realiti yang berlaku sekarang.

Hari ini, heboh media sosial dan juga di dalam akhbar bahawa tiket konsert Ed Sheeran telah habis dijual dalam masa 30 minit. Kejadian yang hampir sama juga berlaku sebelum ini dimana ketika penjualan tudung swarovski edisi terhad Vivi Yusuf dan kasut edisi terhad rekaan Kanye West. Pembeli sanggup berkampung di Pavilion sejak jam 1 pagi untuk membeli tudung tersebut. Manakala, pembeli-pembeli yang beratur sanggup bertolak-tolak dan bertidak ganas untuk membeli kasut itu. Harga barangan ini bukannya murah, ia mencecah ratusan ringgit.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Unit Perisikan Ekonomi, Britain menyatakan bahawa kos sara hidup paling rendah di Malaysia adalah yang paling rendah di rantau Asean. Perbandingan harga barangan dan perkhidmatan di 133 bandar raya di seluruh dunia, menunjukkan usaha kerajaan Malaysia selama ini akhirnya membuahkan hasil. Malah, pelbagai program telah dijalankan bagi memacu pendapatan dan mengurangkan harga barangan.

Jadi, di mana bukti yang menunjukkan rakyat Malaysia benar-benar hidup susah? Oleh itu, bermula hari kita kena belajar cara menguruskan kewangan dengan bijak. Anak-anak yang baru habis belajar janganlah memilih kerja sangat dan mengharapkan gaji yang besar. Kena ingat, awak baru nak mula kerja, tiada pengalaman. Maka cari pengalaman dan ilmu untuk masa depan yang lebih baik. Ambil peluang yang ada untuk menjadi lebih baik.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*