Wandy Disahkan Terbunuh Di Syria

Share This:

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Ketua IS Malaysia, Muhammad Wanndy terbunuh dalam satu serangan di Raqqa.

“Selepas meneliti inteligen yg diperolehi, @PDRMsia sahkan bahawa Muhamad Wandy telah terbunuh dlm satu serangan di Raqqa, Syria pada 29/4/17.” jelas beliau.

Isteri Muhammad Wanndy, Nor Mahmudah Ahmad yang juga merupakan anggota kumpulan militan berkenaan telah memuat naik status di laman Facebook pada 29 April lalu bagi membayangkan bahawa suaminya itu telah terbunuh dalam serangan menggunakan dron di Ma’dan, Syria.

Sementara itu, Nor Mahmudah menegaskan dirinya akan meneruskan perjuangan dan memikul tanggungjawab suaminya.  Berasal dari Baling, Kedah, Muhammad Wanndy yang kini berusia 27 tahun membawa bersama isteri dan anak perempuannya menyertai perjuangan jihad di Syria pada 26 Januari 2014.

Sebelum ini, ada laporan mengatakan Muhammad Wanndy pernah merancang untuk mengadakan serangan pengganas di Malaysia.  Dulu, Muhammad Wanndy juga menerusi laman media sosial mengajak rakyat Malaysia turut bersamanya menyertai kumpulan militan IS dengan membantu mereka yang berkeinginan pergi ke Syria untuk menjalani latihan.

-pru14.tv-

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*