Pembangkang Tak Kisah Pemimpin Mereka Banyak Skandal Kerana Ia Peribadi

Share This:

Pakatan pembangkang nampaknya benar-benar tidak mempedulikan isu moral dalam kelakuan para pemimpin khususnya golongan muda seperti Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang dilihat begitu banyak skandal melibatkan perempuan sana dan perempuan sini.

Sebuah blog yang kerap memihak kepada pakatan pembangkang menulis artikal berkenaan skandal Zairil dan menyatakan bahawa ia adalah hak Zairil untuk bercinta dengan sesiapa pun yang dikehendakinya dan ia tidak menjejaskan langsung tugas politiknya. Begitu liberal dan bebas pandangan parti dalam pembangkang ini sampai mereka yang mempunyai banyak skandal pun sudah boleh jadi pemimpin dan tidak boleh diganggu.

Tidak hairanlah, bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meliwat pun tetap dipertahankan oleh pembangkang dan mahu melantik beliau menjadi Perdana Menteri di negara ini.

Mereka tidak kisah jika Zairil dilihat berjalan-jalan di khalayak ramai sambil berpegangan tangan dengan ramai wanita lain kerana itu adalah hak peribadi wakil rakyat itu dan tidak ada kena-mengena dengan orang lain.

Begitu juga pada satu masa dulu, gambar petikan video rakaman CCTV menunjukkan seseorang seperti Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diperlakukan sesuatu yang tidak senonoh oleh seorang wanita yang tersebar tetapi tidak memberi kesan apa pun kepada karier politik beliau.

Kerana bagi pembangkang, para pemimpin mereka bebas berbuat apa sahaja.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bebas mengamalkan salah guna kuasa untuk mendapatkan apa yang dimahukannya dan kemudian dibicarakan di mahkamah tetapi DAP tetap membiarkan dia bertugas sebagai Ketua Menteri biarpun terpalit dengan rasuah. Pada masa sama beliau tetap melaungkan slogan anti rasuah sedangkan dia tertuduh rasuah.

Lebih elok, ketika PRU nanti, rakyat tak usah mengundi calon dari Pakatan Harapan kerana mereka ini jenis manusia tidak tahu tanggungjawab tetapi melakukan perkara lain sehingga tugas sendiri diabaikan.

Sudah cukup masa beberapa lama ini sejak PRU ke-12 mereka diberi peluang mewakili rakyat dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menyusahkan rakyat.

Parti DAP, PKR, PAN dan PPBM penuh skandal di sini sana. –  pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*