Video Ribut Melanda Muktamar PAS Di Kedah

Ekspo sempena Muktamar Tahunan Pas ke-63 di Kompleks Pas Kedah Kota Sarang Semut di sini ditutup ekoran kejadian ribut yang mencederakan 19 mangsa malam tadi. Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Ahmad Fakruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, walau bagaimanapun semua aktiviti lain yang tidak melibatkan tapak ekspo berkenaan berjalan seperti biasa.

Dalam kejadian ribut tersebut, orang ramai dilaporkan bertempiaran lari menyelamatkan diri meninggalkan pelbagai barangan berharga, termasuk laptop, handphone dan wang tunai ketika kejadian ribut yang tiba-tiba melanda di Kompleks PAS Kedah tempat Muktamar PAS sedang berlangsung.

19 orang cedera manakala seorang tidak sedarkan diri dalam kejadian itu,13 orang dikejarkan ke hospital manakala enam lagi dirawat di tempat kejadian.

Kejadian ribut telah berlaku secara tiba-tiba, orang ramai yang berada di tempat kejadian bertempiaran lari menyelamatkan diri masuk ke dalam dewan Muktamar.

“Kami tinggalkan habis, kami tinggalkan khemah-khemah tu, biarkan saja barang-barang tu, kami lari, dapat arahan supaya masuk ke dalam dewan,” kata Che Rahman bin Awang salah seorang peniaga yang berada di tempat kejadian semasa kejadian ribut berlaku.

Menceritakan kejadian ribut yang berlaku kira-kira pada jam 7:30 malam itu, Mohd Shukri bin Yahya berkata,

“Saya berada di tempat kejadian, semasa kami mengemas barang tiba-tiba angin kencang, tapi tidak hujan lagi, khemah di kiri dan kanan saya terbang keadaan jadi kalang kabut, kami diarahkan oleh unit amal, berkumpul di Dewan Muktamar,”

Seorang lagi peniaga mendakwa ketika sedang berniaga, khemah dari hujung tempat beliau berniaga secara tiba-tiba mula terbang ditiup angin,

“Baru terbang 2 khemah saya dah lari dah, dan tinggalkan tempat berniaga, lepas tu saya tengok ada beberapa orang sahabat saya yang kena hempap,” katanya.

Berikut antara video yang viral disebarkan di media sosial, memaparkan suasana kejadian sewaktu ribut tersebut.

– PRU14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *