Ribut Muktamar PAS : Menyorok Bawah Meja Elak Dihempap

Share This:

RIBUT yang melanda Muktamar PAS kali ini mengundang pengalaman ngeri kepada seorang peniaga. Rawahah Mohd Suhaimi, 31 seorang peniaga barangan kopiah dan pakaian Muslimah terpaksa berlindung di bawah meja selepas khemah gerainya dihempap khemah besar ketika ribut melanda Kompleks PAS Kedah.

Kejadian berlaku terlalu pantas dan kebanyakan peniaga tidak menyedari kehadiran ribut kira-kira jam 7.25 malam itu berikutan ketika itu, tiada hujan atau angin kuat.

“Ketika itu, saya baharu nak pergi solat Maghrib, namun terpaksa masuk semula ke khemah selepas tiba-tiba dibadai angin kencang. “Saya tak ada pilihan selain ke bawah meja untuk berlindung.

Bagaimanapun, isteri saya, Fatin Najihah Omar, 28, cedera pada paha kanan akibat terkena runtuhan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),” katanya.

Rawahah yang ditemui di wad kecemasan HSB mengakui kerugian kira-kira RM30,000 selepas tiga gerai miliknya musnah dalam kejadian itu. Seorang lagi peniaga dari Kelantan, Mohd Bilal Abd Rahman, 30, bersyukur apabila adiknya, Nur Najihah, 28, yang berada di kawasan gerai tidak cedera dalam kejadian itu.

“Ketika kejadian, saya keluar minum dan sebaik menerima maklumat, saya bergegas ke gerai. Adik saya tidak cedera, tetapi dia mengadu matanya pedih dan sukar untuk melihat. “Adik saya dihantar ke HSB untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Berdasarkan maklumat, sekurang-kurangnya 20 khemah yang dibuka di tapak Ekspo Haraki sempena Muktamar PAS Ke-63 rosak dalam kejadian itu.

Buat masa ini expo tersebut terpaksa ditutup.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*