Ribut Angin Menerbangkan Khemah Besar PAS Di Muktamar

Share This:

Pada lewat petang tadi semalam (Sabtu, 29 Apr 2017), Kompleks PAS Kedah di mana berlangsungnya Muktamar PAS Pusat dilanda ribut yang menyebabkan beberapa kerosakan dan kecederaan.Khemah besar Ku Haraki diterbangkan angin.

Seorang kakitangan dipusat pengundian PAS dilaporkan cedera dihempap kayu pada bahagian belakang tubuh. Kerugian belum ditaksir lagi,

Tanpa perlu masa yang panjang, ia segera tular di media sosial. Mereka yang memang sakit hati dengan PAS, tanpa pertimbangan akal yang waras, terus menganggap ia bala kepada PAS.

Allah menguji hambaNya dengan pelbagai ujian, samada hambaNya yang soleh atau tidak. Ribut adalah salah satu darinya. Mekah, khususnya Masjidilharam acapkali juga dilanda ribut. Adakah ia menandakan sesuatu yang buruk?

Bagi orang mukmin, ia hadapi ujian itu dengan sabar, lantas ia mendapat pahala. Bagi orang yang tidak mukmin, ribut dan derita orang lain menjadi modal untuknya melepaskan nafsu geram kepada PAS.

Semoga Allah pelihara kita semua, terutama di kawasan Kompleks PAS Kedah itu dari perkara yang tidak baik. Bantu mereka yang perlukan pertolongan. Bersabarlah wahai mereka yang sedang diuji.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*