“Rahsia” Pengerusi PPBM Terengganu Punca Ahli Keluar Parti?

Share This:

Kebelakang ini ramai sahaja yang kita dengar berkaitan senario politik parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mempunyai pelbagai masalah dalam mereka.

Sebelum ini di negeri Sembilan seramai 500 orang ahli parti itu keluar dari PPBM dan bertindak berada dalam keadaan bebas tanpa menyokong mana-mana parti yang ada dan terkini turut berlaku dinegeri Terengganu.

Beberapa keping gambar yang telah ditularkan dimedia sosial berkaitan ahli PPBM Terengganu terutamanya di dewan undangan Bukit Besi telah bertindak keluar dari parti itu beramai-ramai.

Dijangkakan seramai 50 ahli PPBM telah kembali menyertai UMNO dan mereka berpendapat PPBM hanya mahukan kuasa untuk kepentingan kroni dan kelangsungan hidup keluarga Mahathir Mohamad.

Menurut Mamat Jusoh, beliau dan rakan-rakan yang lain sudah tidak percaya kepada PPBM kerana terlalu banyak rahsia didalam parti itu yang dapat beliau lihat.

Katanya, secara dasarnya dalam parti itu sememangnya diletak duit dihadapan dan jika mempunyai duit semuanya boleh terjadi dan kita sebagai ahli parti tidak mempunyai apa-apa sedangkan setiap masa kita dikerah untuk menjalankan tugas-tugas parti.

Tambahnya lagi, Timbalan Presiden PPBM Mukhriz Mahathir hanya mahu mengembangkan pengaruhnya di Terengganu ini untuk jawatan Presiden Parti dan mengekalkan jawatan sedia ada untuk kelangsungan politik selepas PRU 14 nanti.

Untuk menjadi presiden PPBM, Mukhriz Mahathir harus menyusun orang-orang kepercayaannya disetiap negeri dan sebagai contoh dinegeri Terengganu ini dimana Razali Idris sebagai penggeraknya.

Razali kita sedia maklum akan keakraban beliau dengan Mukhriz dan telah dilantik menjadi Pengerusi PPBM bagi negeri Terengganu dan menidakkan usaha awal yang dilakukan Mastura.

Pada dasarnya Mastura yang paling layak diangkat menjadi pengerusi PPBM Terengganu memandangkan beliau yang menggerakkan PPBM di Terengganu ini semasa diperingkat penajaan dan mengumpul ahli-ahli di Terengganu.

Disini kita dapat melihat bahawa kroni sahaja yang layak untuk berada dalam PPBM dan bukan sepertimana yang diwar-warkan selama ini didalam siri pertemuan dan ceramah yang diadakan sebelum ini.

Malangnya kuasa untuk keseluruhan negeri Terengganu ini terletak kepada Mukhriz Mahatahir dan buka Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yasin yang boleh dianggap sebagai lembu Mahathir yang telah dicucuk hidungnya, katanya Mamat.

Disebabkan itulah, desa desus ramai yang dulu menyokong UMNO dan menyertai PPBM turut sama akan kembali kepangkuan UMNO setelah RAHSIA sebenar terbongkar dan ditambahkan lagi sikap Mahathir yang menghalalkan apa sahaja demi keluarga beliau terus bernafas.

Semasa Mahathir berada dalam UMNO dan BN, beliau yang paling lantang menghentam DAP dan Lim Kit Siang dan juga sekarang ini pula berbeza dengan jalinan politik DAP kerana dendam terhadap UMNO yang telah banyak berjasa kepada keluarga beliau.

Kata Mamat lagi, kita sebagai orang melayu tidak mahu ditipu lagi dengan agenda politik kotor Mahathir dan keluarganya yang menggunakan bangsa serta agama untuk terus menguasai wang ringgit dan bukan perjuangan sebenar sepertimana yang dilaung-laungkan.

Kepada Razali, kita semua sedia maklum dari keluarga nelayan yang sekarang ini hidup dengan kemewahan dari hasil bersama UMNO BN serta mendapat puluhan hektar tanah sbelum ini telah bertindak meninggalkan UMNO kerana termakan budi dengan Mahathir dan Mukhriz?

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*