Propaganda DAP Malaysia Gagal Hanya Retorik

Share This:

Propaganda yang telah dilancarkan oleh DAP bukan baru sekarang, namun ianya telah dilancarkan sejak tahun 1969 lagi.  Terlalu banyak propaganda yang dibuat melalui slogan-slogan  untuk mempengaruhi minda rakyat Malaysia.

Diantara propaganda yang diulang sebut saban tahun ialah tentang ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan terhadap bangsa  lain selain  Melayu. DAP menjadikan  bangsa Melayu sebagai sasaran untuk  dipersalahkan.

Dasar Ekonomi baru dilancarkan oleh kerajaan , dengan DEB ini DAP terus memperkuatkan  propaganda  penindasan yang diterima oleh kaum lain susulan terlancarnya DEB oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi serta pendapatan orang Melayu.

Skim bantuan yang diberikan kepada  orang Melayu telah dianggap oleh DAP sebagai mendiskriminasi kaum lain dalam mengecapi nikmat perkongsian  khazanah Negara. DAP terus menutar belitkan kenyataan dan fakta untuk menracuni pemikiran rakyat.

DAP sering dikatakan mangsa yang ditindas dan tidak dapat menikmati kekayaan Negara. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan olehnya di ceramah-ceramah terus melakukan hasutan dan memburukan sistem pentadbiran kerajaan.

Bukan itu sahaja, jika kita lihat  apabila berlangsungnya pilihanraya, DAP sering mencanangkan  bahawa kerajaan terus melaksanakan “pilihanraya kotor” dan tidak adil kepada parti pembangkang. Setiap lima tahu  perkataan “pilihanray kotor”  ini dilaungkan.

Semua pilihanraya yang berlangsung dikatakan tidak adil kepada mereka, namun demikian apabila kemenangan  berpihak kepada DAP secara automatiknya pilihanraya akan menjadi adil dan bersih. Ini lah DAP yang mana setiap kekalahan yang diterima oleh mereka sudah pasti ada alasan yang akan dibangkitkan.

Malaysia sebuah Negara yang gagal telah diucapkan oleh  DAP sejak tahun 1970 lagi dan slogan Malaysia yang gagal ini dilaungkan saban masa. Malaysia yang gagal ini telah bertukar kepada Malaysia first  yang mana dimaksudkan  untuk memberikan laluan kepada  agenda  Malaysian Malaysia .

Melalui slogan Malaysia yang gagal ini terus diolah sebaiknya mengikut politik semasa. Dari slogan tersebut maka wujud pula slogan  baru untuk mempengaruhi rakyat Malaysia  dalam untuk menyelamatkan Malaysia.

Slogan Menyelamatkan Malaysia terus diolah menjadi Selamatkan Malaysia dan sehingga kini  slogan untuk menyelamatkan Malaysia terus digunakan oleh DAP sebagai propaganda untuk menarik sokongan orang Melayu melalui isu-isu yang berkaitan dengan  kewangan, hutang, rasuah dan sebagainya.

Didalam sebuah buku “bon Jangka Di Malaysia hasil tulisan Kit Siang telah menceritakan bahawa Malaysia bakal berhadapan dengan  satu keadaan dimana Negara akan  menjadi muflis atau bangkrup  yang mana hasil dari pentadbiran dari orang Melayu.

Tulisan  Kit Siang ini telah dijadukan rujukan pembangkang untuk mengolah strategi politik  dan  digunakan sebagai cara untuk memutar belitkan  fakta  untuk membawa pengundi kepada satu imiginasi yang karut dengan beranggapan bahawa Malaysia  adalah sebuah Negara yang perlu diselamatkan dari kebangkrupan.

Dalam pada masa melakukan propaganda Malaysia yang gagal dan  bakal bangkrup, Kit Siang dan juga pemimpin DAP yang lain terus mengaut kekayaan dan peluang yang ada didalam Negara ini. Malaysia yang gagal hanya retorik untuk DAP menghasut rakyat melakukan tentangan terhadap kerajaan.

Jadi dalam ertikata lain Malaysia tidak perlu ‘diselamatkan’ dan berterusan membangun tetapi ramai rakyat tertanya, siapakah pula akan menyelamatkan kita dari terus terpengaruh  dari mendengar propaganda yang dilaungkan oleh DAP?

Banyak isu yang menyebabkan kita agak terhibur dengan dakwaan Kit Siang melalui kenyataan media berterusannya selama beberapa dekad ini mendakwa anaknya, Lim Guan kehormatan seorang remaja perempuan bawah umur Melayu yang didakwa dirogol hingga menyebabkan Guan Eng ‘mengorbankan’ dirinya dan merengkok dalam penjara.

Ini adalah satu lagi propaganda palsu, dari berdozen-dozen dakwaan, yang digunakan oleh DAP untuk menjulang imej pemimpin mereka.

Mungkin Kit Siang mudah lupa bahawa Guan Eng didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan di atas kesalahan mencetak dan mengedar cerita palsu dengan niat jahat di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Hasutan 1948, bukan kerana mempertahankan gadis Melayu.

Pada awalnya, Guan Eng didapati bersalah dan diperintah membayar RM15,000 denda tetapi dia enggan. Dia kemudian membuat keputusan untuk memfailkan rayuannya sambil berulangkali mempersoalkan keputusan hakim di luar mahkamah. Ini turut menyebabkan dia diseret ke penjara ketika keputusan rayuannya dibacakan.

Mungkin Kit Siang lupa orang yang didakwa merogol itu turut memfailkan saman terhadap DAP kerana memfitnah dan DAP turut mengaku di mahkamah bahawa semua tuduhan mereka tidak berasas?

Mungkin Kit Siang juga lupa Time Magazine dan Asiaweek turut menarik balik artikel mereka dan mengeluarkan permohonan maaf terhadap individu yang didakwa merogol itu selepas mencetak apa yang didakwa DAP?

Jika individu yang didakwa itu bukan ahli politik dari parti memerintah, tidak mungkin DAP akan bersusah payah kerana tentunya tidak banyak pulangan politik darinya.

Jika Kit Siang mahu berterusan dengan propaganda palsunya, saya cabar Kit Siang untuk menamakan individu itu secara terbuka. Kegagalan Kit Siang untuk menamakan individu itu sudah tentu akan merosakkan kredibiliti kepada tuduhannya.

Saya juga meminta Kit Siang untuk menamakan berapa ramai gadis Melayu atau untuk tujuan yang sama, gadis dari bangsa lain yang dipertahankan kehormatan mereka oleh Guan Eng sebelum dan selepas dia dimasukkan ke dalam penjara?

  • PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*