PAS Selangor Akur Tunggu Keputusan Pemimpin Tentukan Nyawa

Share This:

Exco Kerajaan Negeri Selangor Zaidi Abdul Talib yang menjadi perwakilan negeri Selangor pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-63 di Alor Setar, Kedah menyatakan PAS Selangor bersedia menunggu keputusan pimpinan PAS Pusat berkenaan kedudukan mereka di dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Kedudukan yang kini menjadi persoalan ialah kedudukan di dalam kerajaan Selangor dan kedudukan mereka dalam pakatan PAS-PKR-DAP yang membentu kerajaan selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lepas.

Ketika berucap beliau ada meminta para perwakilan negeri Selangor untuk bangun menunjukkan mereka sepakat bersama-sama akan menunggu keputusan pemimpin PAS yang akan ditentukan pada muktamar kali ini di Kedah.

Kata beliau “Kami sami’na wa ata’na (kamidengar dan taat),”

Dalam ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, beliau tidak langsung menyentuh bab berkenaan ketika menyampaikan ucapan dasar pada hari pertama muktamar semalam.

Bukan itu sahaja, Zaidi turut mencuri tumpuan para perwakilan lain apabila sempat mendendangkan lagu berbahasa Tamil ketika membahaskan ucapan dasar Abdul Hadi. Dia menyanyikan lagu aktor terkenal India Marudur Gopalamenon Ramachandran atau MGR bertajuk “Naan Anai Ittal”.

Menurut beliau, PAS bukan sebuah parti yang jenis gilakan kuasa dalam isu kerjasama politik antara PAS dan PKR sehingga mencetuskan polemik politik di negeri itu.

“Kita bukan gila kuasa, tetapi kita mahu merampas kuasa dari orang gila.

“Walaupun kuasa PAS terbatas di Selangor, tetapi ia bukan alasan untuk menterjemahkan tema muktamar kita kali ini iaitu, Sejahtera Bersama Islam,” kata Zaidi. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*