Muktamar PAS Ke-63 Di Alor Setar Bergelap Bila Lampu Terpadam

Share This:

Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-63 di Alor Setar, Kedah bergelap sebentar tadi selepas hampir semua lampu di dalam Dewan Muktamar terpadam ketika sesi membahaskan ucapan dasar Presiden di Komples PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Kejadian itu berlaku ketika perwakilan dari PAS negeri Perlis mahu memulakan perbahasan beliau.

Bagaimanapun, kerana tekad mahu mengikuti perbahasan dan menghayati apa yang disampaikan oleh para perwakilan. tidak seorang pun daripada mereka berganjak malahan terus mendengar ucapan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Sistem pembesar suara tidak mengalami kerosakan hanya lampu di dalam dewan sahaja yang terpadam.

Pada muktamar tahun lepas di Kota Bharu pada 2 Jun, kejadian lampu terpadam terjadi juga ketika ucapan perbahasan dalam kalangan perwakilan tapi lampu terpadam hanya selama kira-kira 10 minit.

Ketika kejadian wakil dari Johor Samsudin Jaafar sedang berucap dan beliau berhenti seketika kerana sistem pembesar suara juga terhenti.

Di Kelantan, bukan sekali malahan dua kali kejadian lampu terpadam iaitu ketika Muktamar Dewan Pemuda PAS juga berhimpun di Dewan Kelantan Trade Centre sehari sebelumnya iaitu 1 Jun tahun lepas.

Ketika itu pula, para perwakilan sedang mendengar ucapan dari wakil Parti Saadet dari Turki, Fatin Aydin pada kira-kira pukul 12.10 tengah hari sehingga terpaksa muktamar menangguhkan sesi berkenaan sehingga pukul 1.45 petang.

Semalam, kawasan berlangsungnya Muktamar dilanda angin kencang sehingga menyebabkan beberapa khemah besar tempat karnival berlangsung runtuh dan tumbang sehingga menyebabkan kecederaan pengunjung yang datang menyaksikan muktamar.

Nampaknya, muktamar kali ini PAS berdepan pelbagai kesukaran apabila pelbagai dugaan berlaku ditambah pula dengan lokasi yang tidak praktikal serta kondusif kerana keadaan kompleks yang dipenuhi lumpur dan becak akibat hujan yang turun. –  pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*