Kenapa Wakil PAS Johor Tuduh PPBM Ditubuhkan Untuk Bantu UMNO?

Share This:

Di sebalik pelbagai jangkaan dan spekulasi bahawa PAS akan bekerjasama dengan UMNO dalam Barisan Nasional (BN), ada perwakilan menuduh UMNO dengan satu kritikan yang keras tanpa bukti serta dilihat tidak logik sama sekali.

Perwakilan Johor mendakwa parti bunga, PPBM dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad ditubuhkan untuk memecahkan undi pembangkang supaya UMNO dan BN kekal menang dan menjadi kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Perlu ditanya soalan kepada wakil Johor ini, Nazari Mokhtar, undi pembangkang yang mana beliau sebut kerana PAS sudah tidak menganggotai mana-mana pakatan ketika ini selepas ditendang keluar oleh DAP dan Pakatan Rakyat berkubur.

Adakah beliau masih bermimpi di siang hari? menganggap PAS, DAP dan PKR masih lagi sama-sama mempunyai hubungan erat seperti dulu dan PPBM dikatakan wujud untuk memecahkan undi antara mereka untuk menewaskan BN?

“Kita suka atau tidak suka Dr Mahathir, matlamat beliau hanyalah untuk menyelamatkan kerajaan Umno dan BN. Kalau kita tidak berhati-hati dengan ‘Mr. U-turn’ ini maka kita akan terperangkap.

“Tuan-tuan kena ingat pengundi Muslim akan berpecah kepada beberapa bahagian: Paling besar kepada UMNO, sebahagianya kepada PPBM, PAS, PKR dan Amanah. Kalau kita tidak berhati-hati dengan PPBM maka kita tidak akan dapat undi Melayu,” katanya.

Beliau juga menyifatkan keputusan pimpinan PAS untuk tidak bekerjasama dengan PPBM sebagai tindakan “bijak” dan “terpuji”.

“Ini waktu paling sesuai untuk kita menasihatkan semua rakan kita yang tidak suka kepada Umno (supaya) jangan pergi kepada PPBM. Kalau kita marah kepada Umno sekalipun kita pergi kepada PAS,” katanya lagi ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Atas usaha tidak langsung dari UMNO tidak membentangkan usul Rang Undang-Undang Akta 355 lah Abdul Hadi berjaya membentangkan pindaan tersebut sebagai Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat sebelum ini.

Tuduhan bahawa PPBM wujud untuk membantu UMNO menunjukkan seperti BN dan UMNO yang menubuhkan PPBM padahal ia ditubuhkan oleh Mahathir dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan harapan rakyat akan memilih mereka selain BN kerana perjuangan mereka mirip seperti UMNO.

Agenda Mahathir ialah untuk meletakkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri dan bukannya Najib. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*