Satu Lagi Kegagalan Mahathir Mahu Malukan Najib

Share This:

Dendam Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak nyata tidak pernah padam. Ada sahaja usaha Mahathir untuk merosakkan reputasi Datuk Seri Mohd Najib termasuk mengambil tindakan mahkamah, satu tidakan yang tidak pernah beliau lakukan sepanjang terlibat dalam politik.

Tahun lalu, Mahathir bersama-sama Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohd Najib atas tuduhan salah laku di mana menurut saman berkenaan, mereka menuduh Datuk Seri Mohd Najib menerima wang berjumlah RM 2.6 bilion yang dimasukkan terus kedalam akaunnya untuk kegunaan sendiri.

Menariknya, tuduhan mereka bertiga ini langsung tidak dikemukakan sebarang bukti yang menyokong pendakwaan mereka. Tambahan pula, Datuk Seri Mohd Najib bukanlah seorang penjawat awam dalam jawatan awam. Sebaliknya, beliau merupakan seorang Perdana Menteri dan pihak mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk melakukan sebarang pendakwaan.

Justeru itu, mahkamah mengambil keputusan untuk menolak saman pemula yang dikemukakan oleh Mahathir, Khairuddin dan Anina terhadap Datuk Seri Mohd Najib. Malah, mahkamah juga turut memerintahkan Mahathir dan dua yang lain untuk membayar kos perbicaraan sebanyak RM 30,000.

Melihat kepada keputusan mahkamah ini, nampaknya Mahathir terpaksa menanggung satu lagi kegagalan. Beliau sebelum ini cukup yakin mampu untuk mengheret Datuk Seri Mohd Najib bagi menjawab sendiri duduk sebenar tuduhan yang dilemparkan oleh mereka nampaknya terpaksa menelan hakikat akan kegagalan pihak mereka sendiri.

Mahkamah mengambil maklum bahawa tidak ada guna untuk meneruskan sesi perbicaraan kerana baik Mahathir kerana Mahathir, Khairuddin mahupun Anina tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh untuk menyokong pendakwan berkenaan.

Mungkin tujuan asal Mahathir, Khairuddin dan Anina untuk menjatuhkan kredibiti Datuk Seri Mohd Najib. Namun dari keputusan mahkamah semalam, keaiban yang mereka rancang untuk mengenakan Datu Seri Mohd Najib, nampaknya telah terpalit ke muka sendiri. Inilah yang berlaku jika mempunyai rasa dendam kesumat sehingga kadang kala usaha mereka sering menemui kegagalan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*