Ramai Orang Pi Muktamar PAS 2017, Jalan Di Kota Sarang Semut Sesak

Share This:

Jalan raya di hadapan Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, Alor Setar sempena Muktamar Tahunan PAS tahun ini sesak sejauh kira-kira 5 kilometer kerana dihadiri oleh ramai rakyat dari dalam negeri Kedah dan juga luar termasuk kira-kira 1,300 orang perwakilan parti.

Tempahan hotel-hotel di sekitar Alor Setar juga penuh apabila ditempah oleh perwakilan dan ahli keluarga serta para pemimpin PAS yang hadir ke muktamar kali ini.

Ia diadakan di sebuah lokasi yang tersergam di tengah-tengah sawah bendang di tepi jalan menuju ke Sungai Petani dari Alor Setar.

Para petugas dari Unit Amal PAS dilihat bertungkus-lumus mengawal trafik supaya berjalan lancar. Bagaimanapun, kerana ia adalah satu jalan yang lurus maka kenderaan tetap sesak memandangkan ia tidak boleh dilencongkan ke mana-mana.

Orang ramai sanggup meletakkan kereta sejauh beberapa kilometer dan berjalan kaki ke kompleks berkenaan semata-mata mahu merasai kehangatan suasana perhimpunan parti kedua orang Melayu yang terbesar selepas UMNO.

Kebanyakan di antara pengunjung yang bukan perwakilan hadir hanya mahu mendengar ucapan dasar yang disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pagi tadi yang turut disiarkan melalui pembesar suara yang dipasang di luar dewan muktamar.

Mereka juga ada yang berlegar-legar di sekitar kawasan kompleks yang turut diadakan karnival dengan menghimpunkan pelbagai gerai pamerak produk perniagaan usahawan tempatan sepanjang muktamar.

Biarpun panas tetapi orang ramai tetap berpusu-pusu berjalan kaki hadir dan mahu melihat sendiri bagaimana PAS mengadakan muktamar selepas nampak begitu dipinggirkan oleh parti pembangkang lain selepas DAP meminggirkan mereka.

Parti baru PPBM dipengerusikan Tun Mahathir Mohamad tidak diterima oleh PAS kerana bersekongkol dengan DAP dan hubungan dengan PKR juga sedang dinilai dan akan diputuskan status hubungan mereka dalam muktamar kali ini.

Muktamar PAS Pusat akan diadakan terus sehingga Isnin ini. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*