Petang Ini Penentu Siapa Bakal Menang Tiga Kerusi Naib Presiden PAS 2017-2019

Share This:

Petang ini, berlangsung juga sesi mengundi untuk memilih pemimpin di peringkat tertinggi PAS dan ia bermula pada kira-kira pukul 3.30 petang dan kali pertama menggunakan sistem e-undi secara elektronik di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar sempena Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-63.

Menurut sumber yang hadir pada muktamar ini, sistem mengundi di dikendalikan oleh Lembaga Pemilihan PAS Pusat (LPPP) dengan menggunakan 30 buah komputer riba dan ia dipantau oleh 10 orang petugas lembaga berkenaan.

Sementara itu, ahli LPPP Ahli LPPP, Ahmad Nazrin Abu Bakar menurut laman web rasmi muktamar dipetik berkata sistem e-undi ini bakal memastikan proses pengundian lebih efisyen dan telus, dengan keputusan dirakam secara automatik oleh sistem dan disertakan cetakan kertas setiap pengundian.

Pengundian akan dilaksanakan sejurus selepas taklimat dan dijangka berakhir sekitar 6.30 petang.

Keputusan akan diumumkan pada hari terakhir muktamar, pada 1 Mei nanti.

Pengundian kali ini akan memilih Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat untuk sesi 2017 hingga 2019.

Sistem berkenaan difahamkan telah dihasilkan oleh pakar IT dari Jabatan IT PAS.

Perkara itu juga disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dalam ucapan aluannya pagi tadi yang berkata PAS telah bersetuju untuk menggunakan kaedah e-undi dalam sesi pemilihan kali ini untuk mempercepatkan proses kiraan undi sekaligus satu transformasi kepada parti.

Selepas tamat tempoh pencalonan pada 17 April lepas seramai empat orang calon disahkan untuk merebut jawatan Naib Presiden dan 26 orang calon untuk jawatan AJK PAS Pusat. Perwakilan memilih tiga Naib Presiden dan 18 orang AJK dalam sesi pemilihan itu.

Calon untuk Naib Presiden yang menjadi tumpuan pemilihan PAS kali ini ialah Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Nasruddin Hassan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sudah diumumkan menang tanpa bertanding. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*