Demi Kuasa, Anwar Rela Jadi Macai Mahathir Sekali Lagi

Share This:

Siapa dapat mmelupakan persengketaan politik paling lama antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad. Semuanya gara-gara tindakan Mahathir memecat Anwar dari jawatannya selaku Timbalan Perdana Menteri atas salah laku yang dilakukannya pada tahun 1997 dan 1998.

Sejak dari pemecatan berkenaan, Anwar langsung tidak pernah berhubung dengan Mahathir. Lebih teruk lagi, sepanjang perseteruan mereka, pelbagai kata nista dilemparkan Mahathir terhadap Anwar. Tidak cukup dengan itu, keluarga Anwar juga turut dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan kata-kata nista hanya untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar di mata masyarakat.

Walhal, sebelum pemecatannya, Anwar merupakan orang kesayangan Mahathir dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan Mahathir menyukainya. Ini termasuk menyembunyikan fakta sebenar apa yang berlaku terhadap skandal Forex yang kini sudah di mulakan siasatannya oleh pasukan siasatan khas yang ditubuhkan oleh kerajaan.

Selama 18 tahun 3 hari perseteruan mereka, akhirnya Mahathir merendahkan egonya dengan menemui Anwar di Mahkamah Tinggi semasa sebutan kes berkaitan Akta Majlis Keselamatan Negara pada penghujung tahun lalu. Sejak itu, Anwar kembali menjadi orag yang diperlukan Mahathir untuk menggerakkan kempen penentangannya terhadap kerajaan dan usahanya untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib.

Walaupun ada ketikanya, mereka bertembung pendapat, namun harus diakui, mereka memerlukan antara satu sama lain demi survivor politik. Bukti mereka memerlukan antara satu sama lain diserlahkan dengan cara Anwar memanipulasikan sesi inquary dari pasukan penyiasat kes forex berkenaan dengan menunding jari kepada Tan Sri Nor Mohamed Yaacob dan bekas Gabenor Bank Negara, Allahyarham Tan Sri Jaffar.

Anwar langsung tidak menyebut nama Mahathir selaku mastermind disebalik skandal ini. Malah, nama Tun Daim Zainuddin juga tidak disebut oleh Anwar. Mudah untuk difahami bahawa Anwar mahu melindungi Mahathir dari menerima bahana atas tuduhan penyelewengan berkenaan hanya demi survivor politik.

Mungkin juga terdapat persefahaman antara Anwar dan Mahathir yang tidak akan melondehkan kesalahan silam masing-masing demi mahu mencapai keinginan mereka menguasai kerajaan. Itulah yang sedang dilakukan oleh Anwar sehingga sanggup meletakkan dirinya sebagai macai Mahathir buat kali kedua.

Anwar seperti sudah mampu melupakan kekejaman yang dilakukan oleh Mahathir terhadap dirinya kira-kira 18 tahun yang lalu. Apa yang penting buat Anwar adalah, kuasa yang diidamkan dan Mahathir pula mengidamkan perkara yang sama. Kini, drama perebutan kuasa mungkin akan disajikan oleh mereka berdua sebaik sahaja tiba waktunya kelak.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*