Amanat Abdul Hadi, No Way Untuk DAP Dan Kawan-Kawan

Share This:

Malam tadi, ada kelainan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 di Alor Setar, Kedah apabila diadakan program Amanat Presiden buat pertama kalinya mirip program yang dijalankan pada setiap Perhimpunan Agung UMNO dan amanat disampaikan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam amanah beliau, PAS tidak akan sesekali membenarkan parti DAP dan rakan-rakan berpeluang untuk menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Dalam program itu yang dijalankan secara tertutup di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, ia dihadiri oleh semua 1,300 orang perwakilan PAS.

Tuan Guru berkata, usaha menghalang DAP amat mustahak kerana ia akan terus memastikan penguasaan orang Melayu dan Islam pada tampuk kuasa pemerintahan sekaligus memastikan tidak wujudnya ancaman terhadap agama Islam.

Daripada sumber yang mengikuti program itu, Abdul Hadi berkata PAS dikatakan sudah mengenalpasti apa gerakan dan cara untuk memastikan PAS terus berpengaruh di negeri majoriti Melayu untuk menambah kemenangan kerusi.

Abdul Hadi menurutnya pada masa sama turut menyentuh mengenai hubungan PAS bersama parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, dengan menyifatkan tindakan meninggalkan pakatan itu sebagai langkah terbaik selepas parti sering dilabel sebagai ‘kuda tunggangan’ oleh musuh politik dan mereka yang tidak menerima maklumat tepat.

Difahamkan, Presiden PAS itu turut memaklumkan kesediaan untuk menambah kuota calon bagi muslimat, selain memastikan 45 peratus calon untuk PRU-14 terdiri daripada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah.

Apa yang penting, Presiden PAS turut mengingatkan ahlinya supaya tidak cepat melatah dengan lontaran ‘batu’ pihak lawan yang dikhuatiri berisiko menggoyahkan proses tarbiah parti.

Dalam pada itu, difahamkan PKR ada menghantar wakil pemimpinnya ke muktamar tapi orang itu hanyalah pemimpin rendah bukanlah pemimpin di peringkat tertinggi parti.

Ada cerita menyatakan bahawa, biarpun Mursyidul Am PAS Hashim Jasin sendiri menelefon untuk menjemput Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke muktamar, beliau baru pulang dari Taiwan dan ketika ini katanya di Pulau Pinang untuk hadir Konvensyen PKR negeri itu.

Takkanlah tidak boleh singgah sekejap.

Selain PKR, antara kepimpinan parti lain yang turut kelihatan ialah Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan.

Sementara itu, Datuk Seri Hadi Awang dalam ucapan dasarnya tidak langsung menyentuh mengenai ‘tahalul siyasi’ dengan PKR walaupun menyelitkan yang parti itu menolak slogan ‘suara rakyat, suara keramat’ yang merupakan slogan PKR.

Hadi berkata perjuangan PAS untuk memperolehi ganjaran Allah SWT, bukan hanya di dunia semata-mata. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*