Abdul Hadi Anggap Penentang Islam Adalah Ancaman Terhadap Negara

Share This:

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang nyata kesal dengan pemimpin politik yang begitu bersungguh-sungguh mahu menentang perkara berkait dengan agama Islam pada saat umat Islam sendiri cuba memperkasakan kembali undang-undang mereka iaitu Mahkamah Syariah.

Ia disampaikan oleh beliau dalam ucapan dasarnya sebagai Presiden PAS pada pembukaan Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-63 di Alor Setar, pagi tadi.

Tindakan pemimpin seperti ini boleh dipanggil sebagai ancaman terbesar kepada keharmonian dan kebebasan hidup dalam kepelbagaian agama serta kaum di negara ini.

“Sebagai sebuah parti yang besar dalam negara ini dan mempunyai jentera yang menyeluruh di serata negara, kita amat menyedari dan memahami realiti halangan dan kelebihan yang ada di hadapan kita, malah PAS amat menyedari kepelbagaian rakyat yang ada dalam negara bernama Malaysia ini.

“PAS yakin bahawa dengan Malaysia didiami oleh masyarakat plural dan majmuk, berbagai latarbelakang agama dan budaya, dengan bahasa dan loghat yang berbagai-bagai, sudah tentunya kita mesti melihatnya sebagai satu kelebihan dalam merencanakan perubahan, pembangunan fizikal dan spiritual.

“Tapi apa yang kita kesalkan ialah, ada juga di kalangan parti politik yang berlumba – lumba untuk menjadi penentang agenda untuk meninggikan syiar Islam di kalangan rakyat beragama Islam dalam negara kita ini.

“Mereka saling cabar mencabar, siapa yang lebih dahulu dan paling kuat menentang syiar Islam, seolahnya menjadi kebanggaan baharu di zaman ini.

“Tindakan sebegini sekiranya berterusan, adalah ancaman terbesar kepada keharmonian dan kebebasan hidup beragama yang dinikmati di Malaysia yang menjadikan “Islam sebagai Agama Persekutuan”,” katanya secara jelas dalam ucapan beliau itu.

Abdul Hadi berkata demikian ekoran penentangan keras Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ketika beliau membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen, beberapa hari yang lalu membuat kecoh di dalam dewan yang mulia Dewan Rakyat.

Ahli parlimen pembangkang Melayu sama ada dari PKR dan PAN hanya diam membisu dengan tindakan Kit Siang dan membiarkan rakan sekutunya bangun menentang terus mengasak Abdul Hadi yang juga merupakan ahli parlimen Marang.

Tindakan Kit Siang itu disokong Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen PKR Gopeng, Lee Boon Chye, Ahli Parlimen PKR Gooi Hsiao Leung, Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M. Kulasegaran dan Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, P. Kasthuriraani. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*