Video : Bila Dah Hilang Sabar, Inilah Yang Jadi

Share This:

Kebanyakan dari kita tidak sedar bahawa bekerja sebagai doktor dan jururawat bukanlah suatu pekerjaan mudah seperti yang disangka. Banyak dugaan yang perlu mereka tempuhi untuk merawat dan berbakti kepada rakyat Malaysia.

Dalam rakaman video ini memaparkan bagaimana doktor dan jururawat di hospital kerajaan menjalani berdepan dengan kerenak pesakit. Mereka terpaksa berdepan dengan gangguan seksual, pesakit melakukan kekerasan dan banyak lagi situasi yang dipaparkan benar-benar berlaku.

Sehinggakan kejadian itu mengganggu kehidupan peribadi mereka. Mereka juga manusia biasa yang mempunyai kelemahan. Insiden-insiden sebegini sudah tentu akan mengganggu emosi sesiapa yang mengalaminya.

Sementara itu, video ini dirakamkan bersempena Hari Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja Sedunia 2017, oleh Medical Mythbusters Malaysia dan juga dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.

Semoga selepas menonton video ini, ia akan memberi lebih kesedaran kepada kita tentang tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh doktor dan jururawat di Malaysia. Oleh itu, hargailah jasa mereka yang sedang sedaya upaya memberikan rawatan yang terbaik kepada rakyat Malaysia.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*