Tekanan Kini Beralih Kepada Pakatan Harapan

Share This:

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, Pakatan Rakyat yang pada ketika itu dibarisi oleh DAP, PAS dan PKR cukup gembira apabila memperolehi jumlah kerusi Parlimen terbanyak dalam sejarah. Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang pada ketika itu jatuh ketangan Pakatan Rakyat namun mereka terpaksa merelakan kehilangan Terengganu dan Kedah ketangan Barisan Nasional.

Pada ketika itu, memperolehi 89 buah kerusi Parlimen dianggap sebagai kemenangan moral buat mereka kerana mereka tidak pernah memperolehi kerusi sebanyak itu dalam mana-mana Pilihan Raya Umum. Mungkin ramai yang mendakwa, kemenangan Pakatan Rakyat berkenaan hasil daripada tsunami yang dicetuskan oleh kaum Cina. Mungkin juga pendapat ini betul.

Namun begitu, selain daripada angin tsunami yang dicetuskan oleh kaum Cina, satu lagi faktor yang harus diambil perhatian adalah sikap akar umbi PAS yang pada ketika itu cukup komited mahu melihat Pakatan Harapan akhirnya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional buat pertama kalinya.

Manakan tidak, sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 13 berkenaan, jentera Pilihan Raya PAS dilihat cukup proaktif dengan kelibat mereka sering kehadapan berbanding jentera DAP dan PKR. Komitmen mereka memang tidak disangkal lagi dan ianya turut diperakui oleh sebilangan besar Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang berjaya memenangi kerusi masing-masing.

Itu cerita 4 tahun yang lalu dan hari ini, Pakatan Harapan terpaksa merelakan kehilangan PAS dari kem mereka. PAS hari ini secara rasminya telah memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR termasuk enggan mengadakan apa jua hubungan politik dengan PPBM dan PAN. Melihat kepada situasi ini, jelas sekali satu tugas berat menanti kesemua jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan bagi mengharungi PRU ke 14.

Jika dahulu, Ahli Parlimen DAP dan PKR boleh berbangga apabila mereka mendakwa mampu merebut kawasan yang majoritinya Melayu namun hari ini, mereka terpaksa mencari jalan untuk menembusi semula kubu mereka. Pastinya, jentera Pilihan Raya PAS tidak akan berdiam diri dan akan mencari jalan menewaskan lawan mereka pada PRU ke 14 kelak.

Paling teruk lagi, kekuatan DAP dan PKR di Selangor juga turut diancam bahaya setelah ketiadaan jentera Pilihan Raya PAS. Bukan mereka langsung tidak mempunyai jentera Pilihan Raya, cuma keampuhan entera pilihan raya PAS jauh lebih hebat berbanding jentera Pakatan Harapan. Pastinya PAS enggan menerima kekalahan dan kepada jentera mereka sahajalah PAS menyadarkan harapan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*