Tak Perlu Botox, Ani Mayuni Akui Sekarang Pun Dah Cantik

Share This:

Tidak seperti sesetengah selebriti lain, penyanyi Ani Mayuni, 38 berkata dia tak terfikir pun untuk membuat pembedaham plastik atau pun suntikan pada wajah.


Melalui temubual bersama Berita Harian, penyanyi dangdut itu berkata dia tidak berani melakukannya kerana ia perbuatan yang dilarang dalam Islam.


“Saya cuba mengelak daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama.

“Saya tidak berani untuk membuat suntikan Botox atau pembedahan wajah semata-mata untuk kelihatan cantik.

“Saya rasa, wajah saya sekarang sudah pun cukup cantik. Saya juga tidak mahu wajah saya menjadi sama dengan orang lain,” katanya.


Dalam pada itu, bersempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba, Ani yang popular dengan lagu Sedap itu akan sibuk menjayakan persembahan di Hotel Royal, bersama rakan seperjuangan, Kelly Azman.

“Sebenarnya, sudah empat tahun saya diberikan kepercayaan menjayakan persembahan di sini.

“Macam biasa, saya dan Kelly akan mempersembahkan lagu Pantai Timur dan ketuhanan. Tetapi, ada juga pengunjung yang meminta saya menyanyi lagu lama saya,” katanya.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*