Perwakilan Pemuda PAS Semua Tekad Terima Usul Untuk Putus Dengan PKR

Share This:

Pergerakan Pemuda PAS hari ini secara bersama-sama semua perwakilan menyokong usul untuk PAS memutuskan terus hubungan dengan PKR ditambah dengan laungan lafaz ‘Allahuakbar’.

Jika dalam Pemuda sudah begitu kuat kehendak dan rasa mereka, hayat pertalian antara PAS dan PKR semakin lama dilihat semakin suntuk serta mungkin putus pada bila-bila masa apabila keputusan dibuat di Muktamar PAS Pusat kali ke-63 yang akan bermula esok.

Sudah insaf dan serik PAS dipermainkan dalam pakatan pembangkang sebelum ini apabila berada bersama-sama dengan PKR dan DAP.

Akibat marah dan tidak puas hati PAS tak nak dengar cakap, DAP sudah tendang PAS dari Pakatan Rakyat (PR) serta musnahkan pakatan berkenaan dan buat pakatan baru.

Dalam muktamar Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Alor Setar itu, semua pemimpin dan pewakilan berdiri secara bersama-sama dan spontan sebagai simbolik mereka sudah muak dan mahu putus dengan PKR.

Semalam, Dewan Ulamak menerima usul itu, dan hari ini usul berkenaan mendapat restu sepenuhnya dari Pemuda PAS.

Usul itu dibentangkan perwakilan Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ab Rahman Che Mat dengan memberi hujah bahawa PKR tidak mengikut syarat yang seharusnya dipatuhi parti tersebut.

Antara hujah yang dibangkitkan adalah soal kebajikan umat Islam yang gagal dijaga PKR khususnya di Selangor.

“Berlaku pelbagai jenis serangan dan tohmahan (oleh PKR) kepada batang tubuh presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Parti Islam SeMalaysia (PAS).

“Sebelum ini kita melakukan tahaluf siyasi dengan mereka dengan beberapa syarat yang ditetapkan dan berdasarkan syarat yang telah dilanggar, kami cadangkan untuk putuskan hubungan cerai talak tiga,” katanya ketika berucap.

Usul tersebut mendapat sokongan wakil Pemuda PAS Shah Alam sebelum ia diterima sebulat suara perwakilan tanpa bahas dan disahkan Timbalan Pengerusi Tetap, Dr Riduan Mohd Nor.

Usul berkenaan akan dibawa untuk dibincangkan pada Muktamar Dewan PAS Pusat yang bermula esok.

Sekiranya mendapat sokongan, usul itu akan dibentangkan pada Majlis Syura sebelum keputusan akhir dibuat. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*