Muktamar PAS Di Kedah, PAN Cuba ‘Enterframe’ Cari Publisiti Murahan

Share This:

Dalam kehangatan suasana di bumi Kedah tempat berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 di Alor Setar, parti serpihan mereka PAN cuba mencari publisiti murahan dengan cuba ‘enterframe’ dalam kemeriahan dengan memacakkan bendera parti di sekitar bandaraya itu.

Sebelum bermulanya muktamar lagi, di beberapa lokasi seperti di Pendang dan Sungai Petani sudah kelihatan bendera PAN dipacakkan biarpun di kawasan itu tidak ada sebarang acara melibatkan parti pimpinan Mat Sabu itu berlangsung.

Tidak berapa jauh dari Plaza Tol Alor Setar Selatan, sudah kelihatan bendera PAN berwarna jingga dengan logo parti berkibar di atas pokok dan di tepi jalan menuju ke pusat bandar.

Tidak hairanlah mengapa ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi yang menghadiri muktamar di Kota Sarang Semut melaungkan dengan kuat laungan “jahanam PAN” bagi menunjukkan PAS tidak berminat dengan provokasi murahan parti yang tidak lebih dari gabungan pemimpin kecewa dan kalah ketika pemilihan parti 2015 lalu.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru, Muhammad Khalil Abdul Hadi mahu pemimpin PAS di Selangor supaya tidak meletakkan jawatan mereka dalam kerajaan negeri jika PAS mengambil keputusan putus hubungan dengan PKR secara muktamad.

“Ahli-ahli jawatankuasa eksekutif (exco) dalam kerajaan negeri Selangor tidak dilantik oleh PKR atau DAP.

“Mereka dilantik oleh PAS, jadi tidak ada keperluan bagi mereka untuk meletak jawatan jika kami putuskan hubungan dengan PKR,” katanya dalam sidang media pertama beliau di Alor Setar hari ini.

Katanya, jawatan itu diputuskan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan mendapat perkenaan dari Sultan Selangor Sultan Sharaffuddin Idris Shah.

Di negeri Selangor, PAS ada tiga wakil sebagai Exco Kerajaan Negeri iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Iskandar memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar manakala Zaidy pula memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani.

Ahmad Yunus pula menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi.

Kalau ikutkan ahli, apabila putus hubungan dengan PKR, elok sahaja semua Exco dan wakil rakyat PAS di Selangor mengumumkan letak jawatan dan keluar dari mewakili Kerajaan Negeri seterusnya menjadi pembangkang bersama-sama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Untuk apa disayang lagi jawatan jika sudah putus hubungan kerana Mohamed Azmin adalah orang nombor dua dalam PKR dan beliau boleh melucutkan jawatan Exco dan menyingkirkan PAS daripada kepimpinan Kerajaan Negeri.

Kalau terus memegang jawatan, orang akan kata PAS main wayang lagi dan tidak sanggup melepaskan jawatan Exco sebaliknya mahu terus mempunyai jawatan. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*