Langgar Kontrak, Azrel Dan Risteena Kena Saman RM1.5 Juta

Share This:

Macam-macam hal la selebriti tanah air hari ini. Kontroversi sana-sini, bikin ‘penonton’ bersorak ria sahaja.

 
Begitu juga keadaannya pelakon Yes Sir Nak Pergi Mana?, Azrel Ismail dan Nur Risteena Munim yang masing-masing berdepan tuntutan saman ganti rugi RM1.5 juta atas dakwaan melanggar kontrak produksi JNI Creative Sdn Bhd yang menerbitkan drama lakonan mereka.
 
 

Foto: IG Azrel Ismail

Foto: IG  Nur Risteena Munim
 
Terdahulu, kedua-dua pelakon itu mengeluarkan dakwaan produksi berkenaan gagal melunaskan baki bayaran seharusnya diterima mereka.
 
Memetik BH Online, wakil peguam JNI Creative, Mohd Fadly Hashim berkata produksi memberi tempoh 14 hari kepada pelakon terbabit untuk menjawab notis yang dikeluarkan pada Khamis.
 
“Notis tuntutan saman ini dikeluarkan kerana kedua-dua pelakon terbabit didapati melanggar kontrak apabila gagal menghabiskan baki penggambaran dalam tempoh ditetapkan. 
 
“Malah, kenyataan mereka yang mendakwa produksi belum menjelaskan bayaran tertunggak dan membuat laporan polis turut mencalarkan reputasi produksi,” katanya.
 
 

Foto: BH Online
 
Menepis kenyataan dikeluarkan kedua-dua pelakon terbabit, wakil JNI Creative Sdn Bhd Muhibbudin Ahmad meluahkan rasa kecewa dan terkilannya.
 
“Seperti dinyatakan dalam kontrak, semua pelakon akan dibayar secara empat peringkat. Sebanyak 30 peratus daripada jumlah keseluruhan dibayar pada hari pertama mereka di lokasi, bayaran kedua iaitu 20 peratus pula sebaik saja selesai penggambaran 15 episod. 
 
“Sebanyak 35 peratus lagi akan dibayar apabila semua 30 episod selesai, manakala baki 15 peratus pula akan dijelaskan pada hari pelancaran drama berkenaan. 
 
“Bagaimanapun dalam hal ini, Azrel dan Risteena hanya menyiapkan 13 episod dan sebagai pelakon utama, keengganan mereka meneruskan penggambaran berbaki 17 episod lagi membuatkan kos semakin meningkat, sekali gus membuatkan produksi menanggung kerugian,” jelasnya.

Foto: Harian Metro
 
Bagaimanapun, tuntutan saman itu mungkin boleh ditarik balik andai kata kedua-dua pihak dapat duduk berbincang dan capai kata sepakat.
 
Apa pandangan anda mengenai lambakan artis tanah air masa kini?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*