Hobi Yang Pelik, Kylie Jenner Kini Jadi ‘Ibu Ayam’

Share This:

Bintang realiti, Kylie Jenner mungkin boleh dikatakan mempunyai hobi yang agak luar biasa dan juga comel. Berbeza dengan selebriti Hollywood yang lain, si cantik ini memilih untuk membela seekor ayam!


Memetik laman People, ayam berbulu putih itu dinamakan sebagai Eddie sememangnya sangat comel kerana bukan seperti ayam lain berpelepah, sebaliknya ia mempunyai bulu yang mengembang persis seekor kucing.


Kelibat Jenner dilihat menerusi video Snapchat sedang memberi makan kepada haiwan peliharaannya itu. “Saya sayang awak Eddie,” boleh didengari Jenner bercakap kepada ayam tersebut.

Terdapat klip lain menunjukkan Jenner mendukung haiwan tersebut seperti seorang bayi dengan penuh kasih sayang. Siapa yang tak jatuh cinta dengan ayam berbulu lebat itu, kan?


Terdahulu, beberapa orang selebriti lain turut berkongsi kisah mereka membela ayam comel sebagai haiwan peliharaan termasuklah Nichole Richie, Jennifer Aniston dan Tori Spelling.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*