Gerrard Bakal Latih Skuad B-18 Liverpool

Share This:

STEVEN Gerrard akan memegang peranan baharu di Liverpool mulai musim depan.

Bekas kapten The Reds itu diumumkan bakal mengendalikan skuad B-18 (bawah 18 tahun) Liverpool.

Gerrard, 36 tahun, kembali ke Liverpool pada awal tahun ini setelah bersara sebagai pemain bola sepak. Dia telah menjadi salah seorang jurulatih di akademi.

Mulai musim depan, Gerrard akan mengendalikan skuad B-18, menggantikan Neil Critchley, yang berpindah ke pasukan B-23.

“Setakat ini saya betul-betul menghayati waktu-waktu saya di akademi dan saya dapat rasakan sudah banyak yang saya pelajari daripada staf di sini,” ujar Gerrard di laman rasmi Liverpool.

“Setelah telah bercakap dengan Alex Inglethorpe (pengarah akademi), kami merasakan sudah tiba masanya untuk saya naik ke satu lagi tahap dan mengendalikan pasukan saya sendiri,” katanya.

“Neil telah melakukan tugas yang cemerlang bersama pasukan B-18, jadi saya berharap mampu meneruskan tugasnya, memberi sokongan dan membimbing pemain untuk ke skuad B-23 dan akhirnya ke pasukan utama,” kata Gerrard.

Ketika aktif sebagai pemain, Gerrard telah bersama dengan Liverpool pada 1998 hingga 2015 dan tampil dalam 710 pertandingan.

Dia kemudian berhijrah menyertai Los Angeles Galaxy sehinggalah membuat keputusan menggantung but pada akhir tahun lalu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*