Dia Buat Aku Menggigil

Pada kali ini dialami oleh seorang jejaka berusia 24 tahun berasal dari Jitra, Kedah yang mula berhijrah ke Kuala Lumpur 3 tahun lepas setelah mendapat peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih besar.

Sebelum ini, dia hanya mendengar cerita-cerita orang namun di hatinya tidak sedikit pun merasa seram. Sehinggalah apabila beliau melalui sendiri pengalaman yang menyeramkan dalam hidupnya, tanpa berlengah lagi ayuh ikuti kisah selanjutnya.

“Aku bekerja sebagai despatch di ibukota, kehidupanku tidak jauh bezanya dengan mereka yang merantau dan bekerja sepertiku, aku seorang yang sangat berjimat cermat, maklum sajalah sebagai anak sulung dalam keluargaku, aku harus mengutamakan keluargaku dahulu”.

Sebelum ini, aku sedikit pun tidak pernah berfikir akan melalui sesuatu yang benar-benar menggugat kejantananku, namun setelah melaluinya sendiri,baruku kenal makna ‘Menggigil’.

Ketika itu, aku dapat cuti selama 4 hari dan aku memutuskan untuk pulang bercuti ke kampung halamanku, seperti biasalah aku menunggang motor RXZ yang telah banyak berjasa kepadaku selama aku menggunakannya untuk kesana dan ke mari.

Aku sengaja bertolak pada sebelah malam sekurang-kurangnya tidaklah berasa panas jika bertolak pada waktu siang hari,Seingat aku dua kali jugalah aku berhenti rehat,bukannya dekat dari ibukota kuala lumpur menuju ke Jitra, lebih-lebih lagi aku membawa motor tentu saja tanganku berasa lenguh, hanya rider saja yang tahu.

Perjalanan sejauh lebih kurang 452km terkadang membuatkan aku berasa mengantuk juga,manakan tidak,asal berhenti saja di hentian rehat,aku makan sehingga berasa mengantuk,mungkin adalah lebih baik saja aku hanya minum supaya tidak berasa mengantuk,mahunya tak mengantuk bila melantak bagai nak rak bila berhenti rehat.

Akhirnya aku tiba di sebuah jalan menuju ke sungai petani, waktu itu aku mahu meluruskan pinggang dan merehatkan tangan lalu aku berhenti di sebuah kedai makan yang terletak di tepi jalan, ketika itu aku lihat memang agak ramai pengunjung kedai itu.

Aku memesan secawan kopi panas bagi menyegarkan mataku yang berasa mengantuk sedari tadi, sedang aku menikmati kopi, tiba-tiba mataku tertumpu pada seorang gadis yang aku lihat sedari tadi seakan-akan sedang menunggu seseorang di hadapan kedai makan itu.

Sehinggalah aku habis minum tidak pula kelihatan orang yang di tunggu gadis itu sampai, setelah membayar kopi tersebut aku mendekati gadis itu,.

“Hai, awak tunggu siapa ni?” sapa ku kepada gadis yang memakai baju kurung dengan rambut di lepaskannya separas bahu.

“Saya tunggu keluarga saya tapi tadi saya hubungi kereta mereka rosak pula” balas gadis itu.

“Awak dah hubungi mereka lagi?” soal ku, agak gelisah juga gadis itu, manakan tidak sudahlah anak dara, tersangkut pula disitu seorang diri.

“Dah tadi tapi telefon lagi dah tak dapat mungkin bateri telefon keluarga saya sudah habis agaknya” jawab gadis itu

“Kalau tak keberatan dan percayakan saya, saya boleh hantarkan awak, dah malam sangat ni” pelawaku.

“Saya tahu dah malam tapi saya pun tak tahu keluarga saya di mana sekarang sebab kereta mereka rosak, saya tak pasti di mana mereka berada” jelas gadis itu.

“Tak apalah jika begitu mari saya tolong hantarkan ke rumah jika nampak mereka nanti kita berhenti saja ya, saya ikhlas” kataku. Kasihan juga aku melihat gadis di hadapanku ini, bimbang pun ada, nasib aku yang pelawa jika orang lain aku tak tahu lah apa akan jadi pada gadis ini nanti, jadi sebelum apa-apa jadi biar aku yang bantu gadis ini.

Akhirnya gadis itu bersetuju dengan pelawaan ku tapi ketika itu tiada helmet lain, nasib baik juga kerana kawasan ini bukan bandar besar, sepanjang perjalanan menghantar gadis itu, kami hanya berdiam diri, tetapi aku berasa pelik juga kerana kadangkala aku terbau wangian seakan minyak wangi yang agak kuat.

“Awak dari mana sebenarnya?” tiba-tiba gadis itu melontarkan soalan setelah sekian lama membisu.

“Saya dari K.L nak balik kampung di jitra,awak pula?” soal ku pula.

“Saya dari pulau pinang nak balik ke area sungai petani ni je, patutnya saya dah sampai rumah dah ni” jawab gadis itu.

Entah bagaimana di satu tempat gadis itu meminta aku berhenti.

“Ah, sudah kenapa pula dia minta berhenti di kawasan sunyi ni?” soalku sendiri di dalam hati sambil memberhentikan motor.
.
“Awak, rumah saya di seberang sana je kalau nak teruskan nanti berpusing pula” ujar gadis itu sambil menunjuk-nunjuk ke satu arah yang kelihatan seperti ada perumahan di situ.

“Oh, jadi awak nak berjalan kaki ke kearah sana?” soal ku.

“Ya, nampaknya begitulah sebab saya kasihan pada awak takut minyak motor awak habis sekarang sudah jauh malam dan awak mahu meneruskan perjalanan ke kampung awak lagi” balas gadis itu seakan mengerti masalah jika aku kehabisan minyak di tengah malam.

“Baiklah, jika begitu, saya temankan awak berjalan hingga awak sampai ke rumah” aku menawarkan diri untuk menemani gadis itu hingga sampai ke pintu rumah.

“Awak lihat tu kereta keluarga saya ada di depan, macam mana mereka boleh pulang?” tiba-tiba gadis itu merungut kecil sambil menunjukkan jarinya ke arah sebuah kereta yang terletak di hadapan rumah gadis itu sewaktu kami semakin hampir tiba di rumah itu.

Akhirnya, telah selamat aku hantar gadis itu aku hantar sampai ke depan pintu rumahnya.

“Awak tunggu kejap diluar ni ya,saya panggilkan keluarga saya dulu” ujar gadis itu sebelum kakinya melangkah masuk setelah kunci pintu rumahnya di buka.

5 minit berlalu,..

10 minit berlalu,..

20 minit berlalu, namun kelibat gadis itu serta keluarganya tak juga keluar dari rumah itu, berapa lama lagi aku harus tunggu kerana aku harus meneruskan perjalanan ke kampungku pula.

Akhirnya aku memberi salam, kerana aku mahu bergerak pulang dan salam ku dijawab oleh seorang lelaki tua dalam lingkungan 50 an.

“Ya, ada apa nak, malam-malam begini?” soallelaki tua itu agak kehairanan apabila melihat aku memberi salam pada waktu tengah malam.

“Saya yang hantarkan anak pakcik tadi, saya rasa nak bergerak pulang dah sekarang ni pakcik sebab dah lewat”,.jawabku

“Anak? Anak yang mana pula? Anak pakcik semua ada di dalam tak keluar pun hari ini” jawab lelaki tua itu agak kehairanan denganku

“Ya, tadi saya jumpa seorang gadis dia kata kereta keluarganya rosak, saya pun tawarkan diri untuk tolong hantar kerumah, selepas itu, sampai saja di hujung sana saya temankannya hingga ke rumah ini, anak pakcik tadi dah masuk dan dia beritahu agar saya menunggu di sini sebab mahu panggil keluarganya” jelasku.

“Pakcik rasa anak ni dah kena ‘usik’ barangkali” kata lelaki tua itu.

“Usik?? Maksud pakcik?” soal ku ingin tahu lebih lagi.

“Pakcik dan keluarga langsung tak keluar kemana-mana hari ini, anak-anak pakcik semuanya lelaki tapi kamu kata tadi gadis, pakcik pelik juga, mungkin syaitan telah mengusik kamu ni” jawapan dari lelaki tua itu turut disokong oleh seorang anak lelakinya yang menjengah keluar sebentar tadi.

Ketika itu aku berasa mahu pengsan! Siapa gadis itu?adakah aku telah membonceng iblis atau syaitan????? Bagai nak luruh jantungku ketika itu.

Aku berasa serba salah, serius ketika itu aku dalam dilema sama ada mahu menumpang tidur di rumah lelaki tua itu atau teruskan perjalanan dalam keadaan ketakutan dan menggigil sekarang ini!

“Pakcik rasa kamu tumpang saja rumah pakcik malam ini, motor kamu tu biar anak pakcik yang bawakan ke sini, bimbang juga pakcik nak kamu teruskan perjalanan” pelawa lelaki tua itu menawarkan aku untuk berehat di rumahnya sementara menunggu siang keesokkannya.

Lalu aku bersetuju dengan pelawaan itu, kerana aku tak rasa yang aku begitu berani untuk meneruskan perjalanan, lebih-lebih lagi kepalaku jadi bingung kerana memikirkan situasi yang ku alami tadi.

Tapi untung juga aku “gadis misteri “yang aku tumpangkan tadi tidak menunjukkan wajah yang lebih menyeramkan.

Keesokkannya paginya kepalaku begitu berat sekali, sewaktu aku mahu menggosokkan kepalaku, aku merasakan ada tanah dan dedaun kering di wajahku!

“Eh! Macamana aku boleh tidur di kawasan luar rumah ini? Padahal malam tadi lelaki tua itu memberiku tilam kecil serta bantal dan tidur di sebelah anak-anak lelakinya!” kataku terkejut.

“Mana rumah yang aku tumpangi malam tadi??? Aku menjadi semakin pelik! Mula-mula gadis misteri yang aku tumpangkan itu. Kemudian, siapa pula lelaki itu serta keluarganya? Aku menjadi semakin bingung!”

Dalam keadaan yang memelikkan itu aku terpandang motor RXZ ku berada tidak jauh dari tempat ku berbaring!SAH!! Memang sah aku ‘Di Ganggu’!! Cepat cepat saja aku start motor dan memecut dari kawasan itu dan meneruskan perjalanan pulang ke kampungku.

Setibanya di rumah aku masuk ke dalam rumah dengan muka yang pucat dan meluru masuk ke bilik bujangku di rumah itu!

Ibubapaku serta adik beradik ku pelik melihat gelagatku, akhirnya aku demam panas berhari-hari sehinggalah aku terpaksa meminta cuti tambahan cuti kerana aku berasa tidak larat untuk menunggang motorku pulang ke Kuala Lumpur.

Sebelum pulang ke ibukota semula selepas sihat sepenuhnya, aku menceritakan segala-galanya kepada keluargaku, aku pulang ke Kuala Lumpur pada waktu siang, cukup sekali aku terkena dan aku tidak mahu terkena berkali-kali, hanya aku saja yang tahu bagaimana merasai pengalaman pelik yang menyeramkan itu.

-pru14.tv-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *