De Gea Mula Cari Rumah Di Madrid

Share This:

DAVID De Gea dilaporkan mula mencari rumah di Madrid.

Laman berita Sepanyol Diario Gol melaporkan bahawa ia ada kaitan dengan spekulasi bahawa penjaga gol Manchester United itu semakin hampir menyertai Real Madrid.

De Gea, 26, hampir menyertai kelab gergasi La Liga itu pada 2015 tetapi terhalang disebabkan masalah dokumentasi, menyebabkan urusan perpindahannya ke kelab itu terganggu.

Bagaimanapun, Diario Gol berkata rundingan sudah memasuki peringkat akhir dan satu perjanjian besar akan dibuat dalam perpindahan musim panas.

De Gea yang sudah pun mencari rumah di ibu negara Sepanyol itu mungkin akhirnya akan memilih untuk tinggal di rumah yang didiami James Rodriguez.

Diario Gol menambah bahawa Rodriguez yang juga bintang Real akan meninggalkan kelab pada akhir musim ini selepas kurang diberi peluang untuk bermain di bawah Zinedine Zidane.

Pemain perancang itu dilaporkan telah mencari penyewa baru beberapa minggu lebih awal sebelum pemergiannya dan De Gea mungkin dapat menyelesaikan masalahnya.

Rodriguez, 25, didakwa dikehendaki oleh United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*